Monday, June 30, 2014

Makin belajar makin rasa bodoh


Assalamualaikum..

Sekarang aku dah masuk fasa final semester in final year. Lagi 5 bulan nak habes belajar. Dah 5 tahun aku kat maktab. Tatau lah kenapa sem kali ni aku rasa macam bodoh jahil masih banyak ilmu aku tatau. Masih banyak lagi perkara aku tatau. Pastu dapat pulak lecturer yang hebat-hebat. Bila disoal, terkebil-kebil mencari jawapan. Cuit-cuit orang sebelah mohon simpati untuk tolong jawab.


Diam jerlah. Sebab aku memang tak tahu.


Lecturer duk selalu ingatkan. Kena banyak membaca. kena banyak tahu isu-isu semasa. Sejarah-sejarah jangan lupa. Nisbah buku yang dibaca antara orang jepun dan orang malaysia dalam setahun adalah 20:2. Nampak sangat kita jarang membaca. Sebab tu tatau banyak benda. 


Aku rasa aku kena tukar genre buku yang aku baca. Selalu asyik duk baca buku motivasi jer. Lepas ni nak kena baca buku sejarah lah pulak. Tak pon baca paper. Daripada duk bukak instagram baik baca newspaper online. Tu jelah plan aku setakat ni. 


" Kita tak pandai semua, tapi kita tak boleh bodoh semua;
Kita pandai satu perkara, kita kena usahakan pandai banyak perkara"

No comments: