Sunday, July 14, 2013

Bibir merekah


Assalamualaikum...

Memandangkan sekarang kita berada dalam bulan puasa, tak dapat nak minum air so kebanyakkan kawan-kawan saya dah mula demam-demam dan batuk-batuk. Dan ada jugak bibir jadi merekah. Bila bibir kering dan merekah adalah sangat tak fun okey! Aku paling tak suka kalo bibir aku jadi kering dan merekah. Bila terasa bibir kering aku akan sapu lip ice sheer colour. feewiiitt..~


Yang ni best sebab ia melembabkan bibir pastu buat bibir kita bewarna pinky-pinky... 


Kengkadang aku akan sapu lipbalm yang aku beli dari onlineshop Ten Nad. Ten Nad sekarang berada kat Jepun dan dia jual barangan kosmetik yang comel-comel. Pernah review pasal onlineshop NRNadira online kat sini.

Cute kan. Nak ushar lagi banyak barang kosmetik best sila ke page FB Ten Nad.


Lepas tu bila dah kenal ngan Herbalife, dengar testimoni dan sharing dari orang-orang Herbalife aku pon telah membeli dan mencuba lip refiner Herbalife yang sangat ohsem ini..

Bila sapu kat bibir rasa sejuk-sejuk rasa mint camtu lah. Lepastu dia akan repair kita punyer bibir yang kering dan merekah tu. Siap ada spf 15 untuk lindung dan protect bibir dari UVA/UVB. Selalunya bahagian bibir jarang orang nak titik beratkan pasal penjagaannya kan.





Kebaikan:
  • Melindungi bibir daripada unsur persekitaran dan penuaan. Cuaca kat Malaysia ni kan panas dan kering.
  • Berperisa pepermin, krim yang mempermuda, memulus dan menyegarkan . Wohaaa..! Bestnyer.
  • Mengurangkan garis halus dan melembapkan untuk mengurangkan tanda kedut pada bibir.
 Masa siang hari calitlah siket kat bibir. pastu nanti dah buka puasa minum air kosong banyak-banyak. make sure minum air kosong sekurang-kurangnya 3 Liter setiap hari wokeh.!





2 comments:

Unknown said...

bibir sy pun truk keringnya...cm best je nk try herbalife nih

shazika said...

mira:

mmg best sgt2...x rugi pon pakai :)