Wednesday, July 24, 2013

Kelas awal pagi


Assalamualaikum...

Apa khabar iman semua pada hari ini? Alhamdulillah ada kelapangan nak bercerita kat sini hari ni. Sejak dah masuk praktikum kat sekolah ni tambah pulok sekarang ni bulan puasa aku jadi liat malas nak bukak laptop. Dah jarang bukak facebook jarang bukak twitter jarang bukak blog. Maybe nak lebih mendekati dunia realiti kot berbanding dunia maya.Nak kata sibuk takder lah sangat. Sejak akhir-akhir ni buku pon aku tak sempat baca. Aritu pinjam diary of wimpy kid dari nabill sempat baca setengah jer. Sampai sekarang tak sambung-sambung baca lagi. Beri laluan untuk baca Quran tadarus ngan group usrah dulu. =)


Arini aku ngajar awal pagi so kelas dah habes untuk hari ni. Setiap hari aku ngajar 1 jam jer untuk 1 subjek. Lain-lain masa aku habeskan dengan cari bahan untuk buat RPH. RPH untuk minggu depan aku dah pikir dah nak buat aktiviti apa cuma subjek PJ jer aku buntu lagi sekarang ni. Tatau nak buat aktiviti apa dalam kelas. tak per lah yang tu nanti aku pikir.


Teacher is free now.....


Lepas habes waktu sekolah Ruby ajak gi ronda-ronda jalan TAR. Hujung minggu aritu aku dah gi dah ngan roomate n jiran aku. Dah ushar-ushar sandal untuk mak aku tapi tak beli lagi. Aku juz ambil gambar then send kat mak aku melalui wechat. Suruh dia pilih mana yang berkenan. Arini aku juz pergi dan beli jer terus. Untuk ayah pulok tahun aku buat pembaharuan beli something yang lain berbanding tahun-tahun lepas. lama dah aim nak beli untuk ayah aku kebetulan pulok beberapa hari lepas ada sale so terus rembat. 


Alang-alang sedang free ni elok ler aku buat entry pukal.. hehehehehe~


1 comment:

Mysara Ab Rahman said...

kte pn nk g jalan TAR..shopping rayer!