Saturday, July 6, 2013

Malam motivasi rohani

Assalamualaikum..

Salah satu aktiviti yang PJBP laksanakan adalah malam kerohanian dan motiwasi. Sebelum ni yang masa entry program kat Cameron aku tak sempat nak citer tapi kali ni aku nak share apa yang berlaku pada malam tersebut. Selepas solat isyak semua student berkumpul kat dewan dan bergumbira tepuk tangan sama-sama dulu ngan fasilitators. Pastu dorang kena tutup mata dengan kain, selendang,, baju atau pape jerlah yang boleh tutup mata dorang tu. Lepas semua dah tutup mata, lampu pon dipadamkan. Suasana masa tu sunyi sepi jer, gelap pulok tu. 


 Ni aku tangkap sebelum lampu dipadamkan.

Fasi yang bertugas iaitu Pok Din pon mula memainkan peranan dia. Macam-macam soalan dia tanya dan minta student jujur menjawab. Dorang tak perlu bersuara pon untuk jawab, juz angkat tangan jer. Mula-mula bab ketuhanan pastu bab pasal sekolah. Dorang angkat jer tangan ngan jujur. Apa yang aku belajar masa dalam kelas MAB, "kanak-kanak adalah jujur". So, dorang jawab jerlah kalo tanya pernah tak mencuri, yang jujur dorang angkat tangan.


Semasa tengah feeling-feeling tanya soalan dalam suasan sunyi tu tetibe gedebuk bunyik durian jatuh. Kan kami nyer camp site dalam kebun buah-buahan. Pastu fasi-fasi pon mula berlari dalam keadaan senyap mencari-cari durian tu. Nasib baik masa tu student-student kena tutup mata tak nampaklah kelakuan fasi pakat berlari ke arah durian. =D


Pastu masuk pulak bab ibu bapa. Yang ni memang aku sedih. Ngan aku aku sekali ase nak meleleh ayaq mata bak kata orang utagha. Budak-budak dah start menangis dah masa ni sampai teresak-esak. Yang gangster bajet macho pon menangis ooo... Tapi dorang kan kena tutup mata so kawan-kawan yang lain takkan nampak lah kan. Part paling sedih bila dorang kena peluk kawan-kawan yang berada berdekatan dorang. Pastu fasi suruh dorang tinggalkan wasiat untuk mak ayah kalo dorang tak de nanti.


Ni dialog salah sorang student yang aku ase sebak giler ah. 


"kalo aku tak dak nanti, hangpa tolong habaq kat mak pak aku naa..aku sayang mak pak aku. Ang tolong gitau .." sambil dakap kawan-kawan berdekatan dia.



 Lepas sedih-sedih, bersihkan hati mereka, bagi nasihat, kesedaran dan motivasi kat mereka, kami kena cool kan balik mood mereka. Semasa dalam keadaan sedih dan insaf tu kami suruh dorang tulis surat untuk mak ayah. Tulis jer apa-apa yang terlintas kat fikiran. Mintak maaf kat mak ayah mereka. 



Panjang jugak lah surat yang dorang tulis. Siap buh love love bagai. Bagos! <3 p="">


Dah siap tu dorang kena masukkan dalam sampul surat. Ada jer wujud keinginan nak baca surat dorang ni tapi tak baik pulok kan baca surat orang. So, surat-surat tu digam dan akan diberikan kepada ibu bapa masing-masing. Tu surat tulus ikhlas pada masa hati dorang teringat kat mak ayah. 


Aktiviti ni aku ase sangat perlu untuk murid-murid sebab masa nilah kita nak bentuk dorang. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebung nya. Next aktiviti kita sambung lain kali yek. Bye! xoxo~


1 comment:

Mek Onie said...

TIME NANGIS-NANGIS TU MESTI KALAH ,HIKKK....BERTABURAN AIR MATA