Thursday, November 8, 2012

Pantang aku bersolek


Aku ni jarang nak bersolek bagai.
Cuma kalo ada masa dan event pape jer aku akan merajinkan diri untuk mekap-mekap.
Budak laki kelas aku ni pulak pantang terserempak bertentang muka. 
Ada jer benda nak tegur. Terutama sekali kalo tyme aku bersolek.

Aus: Eh azie, pusing siket muka kau.
Aku: Kenapa? 
Aus: Ko pakai celak ea....
Aku: nampak je ko kan. Hahahaha...

Tu baru pakai celak. baru calit siket bawah mata. Belum buat cat eyes lagi.


Yang ni memang aku bersolek. 

Saje gedik camwhore sebelum pergi exam. Oleh sebab exam start pukul 2.30 petang dan zohor pulak masuk awal. Lepas solat jer terus pakai benda basic iaitu toner moisturizer. Sebab punyer masa yang banyak aku pon tempek naturactor beli dari NRNadira Shop Online. (member aku punyer online shop). Pastu tempek bedak, calit lip ice dan eyeliner. Tu jerrrrr....

Sampai kat tempat exam, dorang tegur. 
'Azie mekap ea'. 
Nampak jer dorang ni kan. Padahal simple je mekap aku. 
Tu yang aku malas nak bersolek pergi kelas. 
Pertama:  Sebab nak bersolek ambil masa lama bagi orang yang jarang bersolek macam aku.
Kedua: Segan bila orang tegur terutama lelaki. 

Konklusinya, jangan bersolek berlebihan. Even yang simple mekap pon orang lelaki nampak, apatah lagi yang bewarna warni. Konsep tabaruj tu kena ada.


No comments: