Thursday, November 15, 2012

Cipta azam baru berpandukan 4 perkara


Bila duduk sendirian, aku selalu terfikir "Apa yang aku mahu dalam hidup ini sebenarnya?".
Kadang-kadang aku rasa seronok berbuat kebaikan
Kadang-kadang timbul perasaan untuk cuba perkara yang dilarang Tuhan.


Aku teringat satu hadis yang seorang ustaz gitau semasa aku ikut program usrah di kampungku,

Maksud Hadis Nabi SAW: “Tidak akan bergeser kaki manusia di hari kiamat dari sisi Rabbnya sehingga ditanya tentang lima hal: tentang umurnya dalam apa ia gunakan, tentang masa mudanya dalam apa ia habiskan, tentang hartanya dari mana ia perolehi dan dalam hal apa ia dibelanjakan, dan tentang apa yang ia amalkan dari yang ia ketahui (ilmu).” (HR At-Tirmidzi dari Ibnu Mas’ud r.a. Lihat Ash-Shahihah, no. 946) 

Hadis ni bertanyakan tentang 4 perkara. Iaitu:

1. tentang umurnya, ke mana ia dipergunakan?
2. Tentang masa mudanya, bagaimana ia mengahadapinya?
3. Tentang hartanya, dari mana ia diperolehi dan dalam hal apa ia dibelanjakan?
4. Tentang ilmunya, apakah ia beramal denganya?

Kat sini kita refleks balik diri kita sendiri.

Umur aku sekarang dah 22 tahun. Apa yang aku buat selama 22 tahun ni? 
belajar, kerja, buang masa, online facebook, layan blogging, tengok movie, bersembang, ber-couple, masih leka ngan hiburan, MashaAllah.. Ibadah aku sikit jer pada Allah. Ini ke jawapan yang aku akan bagitau pada Pencipta aku nanti???


Aku berusaha mencari ilmu dunia dan akhirat. Pergi kelas, baca buku, dengar ceramah dan join usrah. Banyak ilmu aku dapat. Tapi... Adakah aku dah share semua ilmu yang aku dapat tu.???
 Bila kita tahu sesuatu perkara dan perkara tu mendatangkan kebaikan kepada semua orang, kita mesti share. Sekarang aku dah tahu pasal Herbalife ni bagus. Aku rasa bersalah kalau tak gitau kat semua orang terutama yang sangat memerlukan bantuan untuk pulihkan masalah kesihatan dorang. 


Itulah 4 perkara yang akan ditanya kepada semua manusia bila kita mati nanti. 
Sekarang aku dah nampak apa yang aku nak dalam hidup ni supaya bila mati nanti kita boleh bagi jawapan yang BEST bila dihadapan Pencipta kita nanti. Insyallah...
Semua orang mesti berubah ke arah kehidupan yang lebih baik. Jom sama-sama kita jihad melakukan perubahan. Kan dah masuk tahun baru. RE-NEW balik azam kita yang lepas-lepas. 


1 comment:

Masmira Masri said...

nice entry..
do follow me back http://myaleo.blogspot.com/2012/10/aksi-sebulan-kami.html