Semasa cuti raya haji aku balik rumah, aku tengok rak buku aku dah tak de dalam bilik.
Rupa-rupanya mak aku kemas bilik aku dan nak buang semua buku-buku yang dah tak pakai.
Sob sob sob....
Mak aku nak buang buku-buku ni.
Alasannya: dah tak de orang nak pakai. Baik recycle jer. Lagipon silibus dulu dah tak sama ngan silibus sekarang.
Aku ni sejak dari zaman sekolah rendah lagi hidup bergelumang dengan buku-buku.
Dalam bilik aku kat rumah penuh ngan buku.
Buku UPSR sejak zaman 2002 pon aku masih simpan. Sebab tu masa aku ajar tuisyen tak perlu nak beli buku-buku UPSR sebagai rujukan. Pakai je buku yang sejak 2002 tu.
lagipon aku ajar english so nak kena rujuk grammar, past tense present tense, verb segala bagai. Walaupon aku kat maktab ambil minor BI tapi bukan cerdik sangat. Kena rujuk rujuk buku jugak.
Bila dah masuk sekolah menengah pulak kena beli buku teks sendiri.
Sejak aku tingkatan 1 sampailah tingkatan 5, semua buku teks kena beli sendiri.
Sebab kat MRSM tak de skim pinjaman buku teks.
(sekarang aku tatau masih kena beli atau dah ada pinjaman)
Memang berhabes duit banyak tang buku buku jer lah.
Bila dah habes exam besar contohnya PMR dengan SPM, baru aku jual beberapa buah kat junior-junior. Tapi yang tinggal masih banyak sebab aku jenis yang sayang buku.
Aku simpan buku-buku teks, buku rujukan, buku cerita semua sebab aku ada adik-adik lagi so aku pikir nanti tak payah lah nak beli buku lagi. Pakai jer aku punyer. Aku pon jagalah buku-buku tu elok elok. Siap balut okey!
Tapi...
Hampeh betoi adik-adik aku.
Dorang bukan jenis nak tengok buku sangat. Aku suruh dorang wat latihan kat buku-buku yang aku ada, dorang malas. Tak bersentuh pon buku-buku tu semua. Sob sob sob...
Alasan lain dorang bagi sebab buku teks aku penuh conteng conteng (salin nota tambahan cikgu bagi). Terutama buku teks sejarah yang penuh ngan highlighter.
Begitulah nasib buku-buku aku. Yang ada sekarang kat hostel ni pon dah 2 storage box besar.
Mungkin akan terima nasib yang sama macam buku buku tu atau better aku jual kat junior bila aku dah habes belajar kan.
5 comments:
syg gle nak buang buku3
thehehhehe.......... tapi xbuang
lama2 semak jer ;(
buku pyka hat zaman skolah2 rendah pon pyka suka smpan jugak . syg nak buang . knangan tuh .
Saya pun pakai buku-buku yang kakak saya punya enam, tujuh tahun lepas.. Sekarang dah nak buang sbb dah tak ada adik yg belajar.
urmmm...xpe akak...sye memahami...
mmg cdey kn,sbb kte syg buku-buku kte...:(
sayang nya..jgn buang anta kt library kyee
Post a Comment