Thursday, November 15, 2012

3 kunci perlu ada sebelum kahwin


Selalu aku ingatkan kepada seseorang suatu masa dahulu sehingga sekarang aku ingatkan dia.
Tak adil rasanya kalau aku tahu benda ni tapi tak share ngan orang lain kan.

So,  3 kunci yang  WAJIB  ada bagi seorang lelaki yang nak berkahwin iaitu:

1. Kunci rumah
Untuk bagi tempat tinggal yang selesa kepada isteri dan keluarga yang akan dibina nanti. Aku baru jer terbaca pasal ni dalam buku Cinta Highclass. Dia cakap seelok-eloknya lepas berkahwin suami dan isteri (pengantin baru) elok tinggal di rumah sendiri. Tidak mengharapkan menumpang di rumah mak ayah. Sebab masa tulah nak bina keluarga kita sendiri. Tak kisahlah rumah sewa ke, rumah kecil ke, sewa bilik ke, yang penting kena ada tempat berteduh sendiri.

2. Kunci kereta
maksudnya di sini adalah kunci kenderaan. Tak semestinya kereta. Motorsikal pon boley kalo tak mampu kereta. Bila dah ada kenderaan sendiri senang nak angkut isteri dan anak-anak ke mana-mana. Tapi make sure nak bawak kenderaan kena ada lesen dulu tau. hehehe.. 

3. Kunci pejabat
Yang ni saaaangaaatttt penting. Lelaki yang akan menjadi ketua keluarga mesti ada pekerjaan. Sebab suami yang kena bagi nafkah kat isteri dan anak-anak. Kepada lelaki- lelaki sekalian, silalah berjimat cermat dan menabung mulai sekarang. Jangan bazirkan duit beli rokok, beli barang motor ke. Membazir je semua tu. Cari pekerjaan yang stabil walaupon tak semestinya yang stabil tu bekerja dengan kerajaan. Kerja buka perniagaan sendiri pon okey seperti meniaga otak-otak asalkan ada pekerjaan.


Ramai lelaki sekarang merasakan dorang kena enjoy dulu. Tak perlu pikir pasal kahwin. 
Padahal lelaki yang akan jadi imam kepada isteri dan anak-anaknya nanti. Kalau tak persiapkan diri dari sekarang jangan dah terhantuk baru terngadah,. iyer ke tidok??? Luangkan sedikit masa untuk belajar ilmu agama supaya senang nak didik keluarga nanti disamping persiapkan diri dengan 3 kunci yang aku bagitahu tau tadi. Wokey!


No comments: