Wednesday, October 3, 2012
Selipar jamban kaler ungu
Seseorang pernah bertanya kat aku....
Dia: Kenapa keluar pakai selipar biasa macam ni je?
Aku: Alaaa..tersarung selipar pulak kalut-kalut nak keluar.
Dia: mmmmmmm.. Tak style la macam ni.
Dah nak wat cemana cik kak oi. Kalau nak cepat-cepat kadang-kadang bantai je sarung mana yang ada. Asalkan tak berkaki ayam.
Ni ha kasut aku yang berlambak bawah katil. Tapi tak derlah sebanyak ko kan.
Dah tu kenapa ada banyak kasut ko gi sarung selipar tapak tebal yang hitam tu jugak??
Simple is my style~
Kahkahkah...
Aku ni jenis yang kalau suka sesuatu barang tu aku suka pakai yang tu je la walaupon berlambak lagi barang yang lagi elok dan comel. Contohnya kasut, sandal dan selipar aku tu.
Selipar jamban yang kaler pepel/ungu tu aku guna sejak zaman kat UUM lagi.
Punyerlah tahan selipar cap Asadi. Tapak nyer pon okey lagi.
Tak derlah pulak tyme berak tergelincir masuk lubang jamban ke apa.
Jimat duit selama dari UUM sampai maktab tak perlu beli banyak selipar jamban.
Lagi satu sandal pinky crocodile. Yang tu kali kedua aku beli. Jenis yang sama pattern yang sama kaler pon sama.
Sebab aku suka sangat sandal ni walaupon kalau kau tengok aku pakai mesti kau kata aku daif giler pakai sandal kulit dah terkoyak, tapak dah ternganga buh gam cap gajah.
Selesa giler pakai sandal crocodile.
Aku kalau gi JJ mesti ushar pattern baru yang agak keremajaan siket la
(sebab pattern corcodile banyak yang untuk mak mak)
Yang tulah aku pakai pergi kelas, pakai gi jalan-jalan, pergi beraya, pergi ke mana-mana aje ngan sandal tu.
Sebab tu sampai beli untuk kali kedua pattern sama kaler sama jugakk tu.
Sandal hitam VKI tu pulak beli sejak zaman foundation.
Tak suka sangat yang tu sebab aku pernah pakai dan terpeleot.
Pernha citer pasal ni kat Hulahoop (klik link)
Yang sandal Hitam cap Palas aku pakai sejak zaman MRSM.
Masa MRSM sandal macam tu sangat femes.
Aku punyer sandal dah beberapa kali kena curik semasa semayang maghrib kat masjid.Bukan aku sorang jer, sape-sape pakai sandal macam tu kompem kena rembat.
Ntah budak mana suka benor curik sandal tu.
Mungkin sebab unisex. Laki pompuan boleh pakai.
Lama giler aku pakai sandal tu sampai tapak dah licin.
kesimpulannya, pakai jer kasut mana yang ko selesa. Tak perlu tumit tinggi 5 hinci tapi menyakitkan kaki.
Kalau aku suka pakai yang tu aku pakai yang tu jerlah. Susahlah nak cari pengganti walaupon berlambak lagi yang lagi elok.
Labels:
comel,
mystyle,
student's life
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
mai tak bnyk kasut. ada dua pasang je, 1 sandal, 1 selipar. kalau rasa dh rosak baru ganti baru, yg tu buang terus.haha
rin lgi prefer pakai flatshoes. selesa sgtt :)
wah ni sikit??? byk kot...huhu..lelaki ade 4 kasut jer
1 kasut keje
2 kasut sukan
3 kasut bola
4 sandal jalan + jamban
Post a Comment