Tuesday, October 16, 2012

Review buku: Buku motivasi Dr. HM Tuah


Kalo agak-agak kurang bermotivasi kenalah baca buku motivasi. 
Salah satu pakar motivasi yang aku suka dan boleh dikatakan adore lah iaitu Dr. HM Tuah. Dah pernah jumpa dia masa dia datang maktab aku dan pergi beli buku semasa pesta buku siap dapat sign lagi. 



Macam mana aku boleh terminat baca buku Dr. HM Tuah?


Macam ni citer dia. Masa form 3 aku dapat hadiah sebuah buku semasa anugerah kecemerlangan. Aku dapat subjek terbaik bagi mata pelajaran seni. Ntah cemana boleh dapat markah paling tinggi dalam batch tu. Padahal aku bukan berseni pon. Reti lukis pon orang lidi jer. Nasib lah kan bila tanda jawapan exam hitamkan ABCD jer. Kalo nak kira markah lukisan memang paling corot lah. Kira nasib jerlah. So, hadiahnya sebuah buku bertajuk Nak Ke Tak Nak penulisnya Dr HM Tuah.


Pertama kali aku baca terus suka ngan cara penulisan Dr yang sempoi dan ibarat macam dia sedang bercakap ngan kita. Kalo ko tak percaya ko beli dan baca sendiri. Baru ko tau. 

Setakat ni aku dah ada 5 buah buku Dr.HM Tuah
1. Nak Ke Tak Nak
2. Jangan Tidak Tidak (dah bagi kat orang)
3. Jaga jangan Kantoi
4. Oi Bangunlah Oi
5. Tau Tak Apa

Tajuk sempoi jer. Harga pon masuk dalam kategori mampu milik. Antara RM10-RM20. 
Pastu kat dalam buku-buku tu jugak ada foot note (nota kaki) ayat yang bermotivasi. Contohnya:


"Tidak layak kalau mengaku hebat kalau tidak pernah nak solat."
"Kita tak pandai semua, tapi kita tak bodoh semua; kita pandai satu perkara, kita kena usahakan pandai banyak perkara"


Aku kalo bab beli buku untuk tambah ilmu ni tak berkira sangat. Sebab ilmu tu kan perlu dicari.
Aku suka kalo bagi hadiah kat orang, hadiahkan buku. Terpulanglah kat orang tu nak baca ke tak. Ko bagi jer. Dapat jugak pahala kalo ko share ilmu ngan dia kan.

Sesungguhnya Nabi Sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : Sampaikan dariku walaupun satu ayat. (HR Bukhari)


5 comments:

Rin Saharina said...

Rin ni rjin beli buku, tapi bacanya kurang ckit.HIHI.Memang amik masa la nak abeskan baca like 2-3 hari cmtu.hihi :D

Shahada Fauzi said...

saya ada semua buku Dr. Tuah..sebab saya memang adore cara penulisan dia..hehe..

Rainbow warna warni said...

kalau buku motivasi ni mmemang lemah sikit nk baca ...huhu

Kaio said...

dr tuah ni memang popular. teringin jugak nak jumpa dia sebenarnya. :)

salam perkenalan dan jemputlah singgah blog saya yang usang ini
http://kaio.my

Lukeman said...

Bagus buku-buku Dr Tuah ini. Kami juga peminat setia Dr Tuah. Salam perkenalan dan jemput kunjungi blog kami di www.jombahagia.blogspot.com