Thursday, October 4, 2012

Girls lepak sambut besday



Baru-baru ni besday salah seorang budak kelas aku. Oleh sebab kami lama dah tak lepak sama-sama so cadang semua classmates pompuan kena datang court badminton Flat Seri Melaka. Kita buat makan-makan siket. Nama jer besday tapi kek tak de. Yang senang kita order Domino jer ler. 



Acik nak berkata-kata apa sebenarnya ni? 

Maaf ler. Aku tatau pe dah jadi ngan kamera aku.
Asyik gegor jer. Tak reti aku nak setting sebab kamera aku dalam bahasa Jepon.
So tak de sape tau nak setting tang mana kite bior je ler gitu.




Ni la besday girl. Yang baju biru.
Kenapa aku tengok muka kau nak macam irma hasmie jer ain?
Takpe takpe mana tau lepas ni kau jadi macam irma hasmie. Amin....
Hilang yang lama diganti yang lagi elok. Irma tu idola aku.Okey



Ada satu piza dorang letak cili banyak-banyak.
Cian aku tak ley amek yang tu. Letak cili banyak-banyak sampai menangis.
Mulut duk kata pedas pedas tapi makan tetap makan. 

Ko tengok muka ika (2 dari kiri). Akibat kepedasan. Kahkahkah... Makan tetap makan



 Tatau kenapa la muka yang lain-lain blurr..Maaf la kamera aku banyak cahaya pulak masuk. huhuhu



gambar ni lagi sadis. 
Ce ko zoom muka kak long. (paling kiri)
Kenapa muka kak long macam tu? Aku syak ni mesti bukan kak long. Eeeeerrkkk seraaammm haku.


Sambil makan kami bersembang la plan untuk next aktiviti. Dorang nak gi main water rafting. Tengah cari tarikh. Hoi..lamanya rasa tak lepak ngan budak kelas sejak masing-masing dah keluar hostel duduk rumah sewa. 

2 comments:

Rniz said...

Wow sedap tu makan dominos pizza,
terliurlah kita awk....

Rin Saharina said...

wahhh,rafting.best best :))