Wednesday, October 10, 2012

Cikgu tuisyen



Haritu tengok-tengok gambar dalam fon  Ruby terjumpa gambar student-student kami kat tuisyen. Selama beberapa bulan buat kerja part time jadi cikgu tuisyen sangat-sangat beri aku pengalaman. Nak kena layan kerenah dioranglah, nak cari bahan untuk revision, nak kena study balik subjek yang aku dah tinggal selama bertahun-tahun. Recall balik cara cikgu-cikgu aku mengajar semasa UPSR dulu. Fuhhh..mencabar jugak tu..

Sebahagian student tuisyen yang hadir beberapa hari sebelum UPSR. 


Mengajar tuisyen ni santai siket. Tak macam ngajar dalam kelas kat sekolah. Sambil-sambil mengajar tu ada jugak aku berbual dengan budak-budak ni. pernah satu hari tu sembang ngan dorang.


A: Cikgu, nanti kalau saya dapat 5A ayah saya nak bagi hadiah.
Aku: ayah awak nak bagi apa?
A: Dia kata nak bagi saya henfon tapi saya nak mintak ngan ayah saya pergi Korea lah.
Aku: Nak buat apa kat Korea
A: Nak jumpa pelakon korea (nama apa ntah aku lupa)

Pastu datang sorang lagi menyampuk

B: Cikgu, ayah saya pon nak beli henfon kat saya tapi saya nak Ipad!


Amboi..kemain lagi korang yer. Mintak yang hebat-hebat. Cikgu dulu dapat 5A UPSR mintak komputer tapi dah masuk matrikulasi baru dapat laptop sebijik. Punyerlah lama aku menunggu. 

Tulah budak-budak sekarang. Makin advance. Lecturer aku cakap cikgu sekarang kena explore macam-macam. Sebab baby sekarang pon dah main game kat Ipad. Dunia makin canggih budak-budak sekarang bukan macam budak zaman aku dulu. Kadang-kadang takut juga bila pikir semester depan aku nak kena praktikum selama sebulan. Dapat pulak sekolah area KL. Dengar macam-macam cerita daripada senior-senior yang dah praktikum. -_-" Yang PBS selama seminggu ni pon macam-macam kerenah. 

Papepon semoga student-student dan adik-adik aku mendapat result cemerlang. Insyaallah 5A. Cikgu boleh, kamu pon mesti boleh. 



1 comment:

shameel Iskandar said...

Salam shazika.
Bakal cikgu rupanya. Yg pasti lain lokasi lainlah kaedah pengajaran. Sy terpaksa menggunakan pendekatan berbeza ketika mengajat kt sekolah berasrama penuh masa kt sabah, pastu tranfer ke perak dan skrg ke kelantan.