Bulan ni (april) hujung minggu aku penuh dengan aktiviti sampai aku sendiri tak cukup masa untuk berehat. Aku suka ngan keadaan sekarang yang agak hectic dan bizi so, aku tak de lah nak teringat sangat tentang kisah masa lampau aku. Ok. Balik pada topik asal, Hujung minggu lepas aku ke Kem Biro Tatanegara (BTN) yang diadakan di Kem Bumi Jati, Shah Alam. Kem ini adalah kem kepimpinan yang disertai oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPGM Zon Tengah.
Sebelum aku ke Kem BTN ni, kawan-kawan duk kata "habis la ang azie" (ayat bob budak kelas aku). Aku pon jad ketaq (takut) la apa agaknya kem BTN ni. Tapi bila dah sampai sana seronok sangat. Dapat kenal JPP IPG lain, dapat kenal kawan-kawan seangkatan yang baru, makan 6 kali sehari. Wohaaaaaa! berselera aku makan. Kalau duk situ sebulan boleh naik badan aku. T______T pastu dapat ilmu macamana nak jadi pemimpin pelajar, cara bercakap dan macam-macam lagi.
Ahli kumpulan aku semua ada 14 orang. Masa makan kami kena makan semeja pastu kena tunggu semuaaaaaa orang duduk kat meja makan, baca doa pastu baru boleh makan. Tak cukup orang, tak leh makan.
Ahli kumpulan aku (perempuan). Best dapat kenal ngan pemimpin-pemimpin maktab lain.
Sebelum ni aku tak pernah cerita lagi kat sini. Sekarang aku dah jadi salah seorang ahli jawatankuasa perwakilan pelajar (JPP). Aku memegang jawatan biro penerbitan. Kalau tahun lepas aku duk pomot sokong member-member kelas aku jadi JPP, tahun ni giliran aku pulak cabar diri sendiri untuk jadi pemimpin. Mampukah kamu membuat transformasi ke atas diri sendiri? Insyallah, mampu. ^^,
Walaupon kehidupan akan jadi lebih sibuk selepas ni aku harap aku akan teruskan usaha dan tak penat separuh jalan. Banyak benda lagi aku nak kena belajar untuk memimpin diri sendiri dan orang lain. kepada kawan-kawan aku semua, aku mintak maaf kalau ada yang ajak keluar tiba-tiba waktu tu ada clash ngan jadual aku yang lain aku tak dapat nak join. Insyallah, aku akan cuba cari waktu untuk kawan-kawan jugak.
1 comment:
chaiyoook :D
Post a Comment