Monday, April 16, 2012

Program Khidmat Masyarakat Bina Insan Guru (BIG) di Kediaman Keluarga Besar Norlina Alawi



Agak sangat lambat aku dapat update tentang pengalaman aku ke kediaman Keluarga Besar Norlina Alawi. Pernah dengar nama Norlina Alawi? Pernah dengar tentang PERNIM? Aku pernah dengar tapi tak tahu dengan lebih mendalam kisah pengalaman Norlina. Oleh sebab esok aku kena hantar folio laporan BIG ni jadi aku terus amek refleksi aku untuk entry kali ni.


sebelum tu aku terang siket pasal Puan Hajah Norlina Alawi ni.


Dua dari kiri: Puan Hajah Norlina binti Alawi.


Pengasas keluarga Norlina Alawi ini adalah Puan Hjs Norlina. Beliau telah memulakan kebajikan membela anak-anak pesakit HIV/AIDS sejak tahun 2001. Pada peringkat awalnya beliau telah memberikan perlindungan kepada seorang wanita berumur 23 tahun yang disahkan menghidap HIV positif setelah tujuh bulan mengandung. Beliau tekad untuk mengambil anak wanita itu sebagai anak angkat seterusnya menjadi anak susuan beliau. Kemudian beliau sedaya upaya menubuhkan Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM). Puan Hajah Norlina membuka Pusat Perlindungan PERNIM Berhad pada tahun 2006 yang kemudiannya ditukarkan kepada Keluarga Besar Norlina Alawi Bhd (KBNAB) pada 23 Mac 2011.


Aku ase tersentuh dengan semangat dan sifat murni Puan Hajah Norlina Alawi yang sanggup berkorban membela nasib anak-anak beliau. Bagi beliau, anak-anak tersebut adalah anugerah dari Allah. Beliau merupakan ibu kepada tujuh anak kandung dan 43 anak angkat yang terdiri daripada anak yatim piatu, anak terbiar, tidak sah taraf, mualaf dan bukan warga negara.


 Khusyuk rakan-rakan sekelas aku mendengar cerita pengalaman dari Mama. (Puan Hajah Norlina Alawi)


Walaupun mereka tinggal ramai dalam sebuah rumah yang sederhana besar, namun keadaan rumah tersebut sangat kemas dan teratur. Aku merasa kagum dengan cara didikan dan disiplin yang diberikan kepada anak-anak beliau. Mereka sangat menghormati tetamu dan menerima kami dengan sebaiknya.


Aktiviti yang kami jalankan di sana.


Chicken dance. Kanak-kanak ni dah biasa buat chicken dance. Sebab dah ramai orang datang melawat dorang asyik-asyik buat chicken dance. So, sesiapa yang nak gi sana nanti buat aktiviti lain lah yek.


Pengalaman ni sangat bermakna pada aku sebab nanti bila dah jadi cikgu semua pelajar ada latar belakang dorang sendiri. Jadi bila dah didedahkan ngan program macam ni tak derlah terkejut sangat kan. Sebagai seorang bakal guru, aku perlu menerima setiap individu itu seadanya dan membuang perasaan negatif dalam diri. 


pi es: ayat aku dalam entry ni macam skema sket kan. Sebab aku copy jer terus dari laporan BIG. 


2 comments:

Unknown said...

cikgu ape eh?? nicee...=)

shazika said...

bakal cikgu pengajian sosial :)