Thursday, April 5, 2012

Zaman persekolahanku- video my generasi


My Generasi by 


Mesti dah ramai tengok dan share video ni kat facebook kan. So, bila aku tengok video ni aku teringat zaman sekolah rendah dulu, teringat kat kawan-kawan, cikgu-cikgu dan suasana sekolah. Bila aku pergi PBS kat sekolah pon kadang-kadang terpandang jugak murid-murid duk main tapi tak de lah macam permainan zaman aku dulu. Dah tak de sangat dah. tsk tsk tsk T___T


Buku biodata warna-warni, pensel warna tulis "TIDAK BOLEH PINJAM NANTI MAK SAYA MARAH", main zero-point, batu seremban, dan lain-lain lagi. Kan best kalau boleh balik ke masa lampau!


Sekarang aku rindu zaman sekolah dan sampai sekarang aku masih contact ngan kawan-kawan sekolah lama. Kalau ada cuti yang kami semua sama kami akan plan untuk wat gathering. Makan-makan, sembang-sembang...

Sebahagian kawan-kawan sekolah rendah aku (since 1997)


Insyallah untuk PBS (pengalaman berasaskan sekolah) semester hadapan aku akan buat kat sekolah lama aku. Baru isi borang tadi harap-harap dapat buat kat sekolah lama pastu recall balik memori semasa di zaman 1997-2002. 


Budak-budak zaman sekarang tak macam zaman kita dulu. Semasa waktu rehat mereka akan duduk dalam kelas nak bukak e-book. Main game dalam e-book tu. Macam tak fun sangat la kan main sendirian. Ntah la. Zaman dah berubah dan terima kasih Allah bagi aku pengalaman rasai pengalaman macam dalam video tadi. 

I have a pen,
my pen is blue,
I have a friend,
my friend is YOU.


pi es: tinggalkan komen tentang zaman persekolahan kamu pula. (◕‿◕✿)


1 comment:

Anonymous said...

Oh, miss old time. Huu~ rasa nak balik ke zaman dulu kan? rindu suasana alam persekolahan. Tsk... tskk... T.T

Video MY GENERASI is indeed my generasi. :')