Friday, March 30, 2012

Earth Hour 2012: Jom tutup lampu


Bila orang gitau kita, nanti Earth Hour jangan lupa tutup lampu. Okey. Kita pon tutup lampu. Tapi kita tau ke macam mana orang boleh buat kempen Earth Hour ni? Aku pon tatau. Main buat je apa yang buat. Bila aku google pasal Earth Hour ooooo baru aku tau kisah sebenarnya. So, aku share la kat sini. Terpulang kat kamu nak baca ke tak artikel ni. Aku tak paksa.




Bagaimana dan bila tercetusnya idea Earth Hour?

Sejarah penubuhan Earth Hour ini bermula pada awal tahun 2007 , WWF-Australia yang di ilhamkan di Sydney menunjukkan sokongan mereka untuk bertindak terhadap perubahan iklim dalam acara yang di panggil “Jam Bumi”.Ia menunjukkan bahawa semua orang dari peringkat kanak-kanak , CEO dan tidak ketinggalan ahli politik mempunyai kuasa untuk mengubah dunia yang mereka diami dengan cara tersendiri.


Dikatakan di Sydney, Australia, 2.2 juta individu dan lebih daripada 2,000 permis perniagaan memadamkan lampu mereka selama satu jam untuk memberi sokongan terhadap kempen Earth Hour ini dalam untuk mengurangkan kesan perubahan iklim yang ketara ini.

Pada tahun 2008 rancangan ini di perluas ke seluruh Australia pula. Oleh kerana kesan hebahan yang sangat hebat di Kota Toronto, Kanada dan 35 buah negara yang lain turun serta dalam program ini. Ia melibatkan hampir 400 bandar dan pekan di seluruh dunia. Dengan matlamat untuk ‘mematikan lampu’ diperluaskan kepada semua negara di seluruh dunia, Earth Hour dengan cepat telah menjadi satu acara tahunan global. Ia dijadualkan pada hari Sabtu terakhir setiap hujung bulan Mac.

Pada 2011, Earth Hour menyaksikan beratus-ratus juta rakyat di seluruh 135 negara ‘matikan lampu’ selama sejam. Tetapi ia juga menandakan permulaan sesuatu yang baru yang akan memberi kesan pada masa depan untuk melakukan tindakan yang berpanjangan kepada perubahan iklim.


Dan dengan kuasa rangkaian sosial di sebalik mesej Earth Hour, kami berharap untuk menarik penyertaan yang lebih banyak supaya kita dapat membina sebuah masyarakat yang benar-benar global yang komited untuk mewujudkan sebuah planet yang lebih mampan.

sumber: sini




Macam mana nak join kempen Earth Hour?

Tak perlu susah-susah pon join kempen ni. Duk kat umah pon boleh join. Di mana-mana sahaja.


Tarikh Langsung : 31 Mac 2012
Hari Langsung : Sabtu
Masa Lansung : 8.30 mlm – 9.30 mlm



Apa yang perlu anda lakukan?

Senang je. Cuma perlu tutup lampu selama 1 jam dari pukul 8.30malam hingga 9.30 malam. Kipas ngan aircond tu tutup la sekali. Alaaaaa.. kejap je 1 jam. Kalau ase panas ajak member-member, ahli keluarga lepak depan rumah, yang duk hostel macam aku ni ajak jiran tepi bilik sembang depan bilik. Mengumpat atau sembang la tentang topik Earth Hour selama 1 jam. Pastu on la balik lampu, kipsa, aircond semua tu. Senang je kan.

Aku pernah citer pengalaman aku pe tarjadi masa Earth Hour 2009. Masa ni aku kat Matrikulasi.



Aspek keselamatan

Dalam bergelap tak de lampu cahaya semua tu mesti akan terjadi kejadian yang tak diingini kan. Ni aku nak gitau la perkara yang perlu kamu berjaga-jaga berdasarkan pengalaman sendiri dan orang lain

1. Duduk dalam gelap dalam  rumah jangan melilau-lilau sangat takut terlanggar almari ke, dinding ke, tersepak kerusi atau terjatuh tangga sebab dah gelap kan. Kalau boleh duk diam je tak pon gi tido.

2. Nak gi toilet bawak lampu suluh . Kan senang kalau kat henfon ada lampu suluh.

3. Kalau lepak depan bilik/rumah jangan lupa tutup tingkap dan pintu belakang rumah. Takut masuk pencuri.


2 comments:

Elin said...

yes.. hari nie!!! =)))

mie said...

oh kak eton!!!
jom earth hour..
heheheee