Minggu lepas aku ke sekolah untuk PBS (gila lama punyer cerita baru nak update). GB (guru besar) mintak aku relief class Tahun 2 sebab ramai cikgu tiada minggu tu disebabkan komitmen lain. Lebih kurang dalam 13 orang camtu la cikgu takde. So, pada hari pertama mai sekolah tu aku kena jaga budak Tahun 2B mula dari lepas rehat sampai waktu balik. (10am-1.15pm). Lamaaaaaa tuuuuu...
So, apa aktiviti nak buat. PK1 (penolong kanan) bekalkan aku ngan kertas lukisan. Suruh murid-murid mewarna. Okey.
Yang kat belakang tu tengah asah pensel warna. Kaler siket pergi asah kaler siket pergi asah kaler siket pegi asah sampai pendek pensel warna tu.
Tuuuu diaaaaaa! Warna warni punyer angsa. Aku suh dorang warna angsa ngan itik tu ngan warna selain daripada warna asal angsa dan itik. Jadi hasilnya jadi warna warni.
Can u see the Itik with blue color? Hal ini terjadi apabila mereka telah kebosanan untuk mewarna. Main tibai je warna itik sekali ngan warna air. tsk tsk T__T
Mereka dan hasil karya mereka.
Selama masa aku berada dalam kelas Tahun 2B ni seramai 3 orang budak menangis. Kawalan kelas yang kurang baik. Pening pala aku nak urus budak-budak menangis. Takkan aku nak tumpu pada yang menangis je padahal ada 19 orang budak pada masa tu. So, lepas ni kena belajar lagi kawalan kelas ngan baik ye cikgu. Insyallah. ada lagi 2 tahun.
12 comments:
Lamanya ganti kelas..
huu budak2 nangis tu biasalah, manja :D
Ryu:
a'a lama sgt2 smpai budak bosan dan menangis. sampai ckgu pon nak ter-menangis.
wh cikgu muda ye :)
nurpiska:
muda la sgt kan . hehehehe
alahaaaai, comelnye buda budak ni semua. mesti seronok kan mengajar diorg (:
huhuhu..seronok for the 1st hour. lepastu semua kacau bilau -_-"
Hahaa, fed up sngat dah tu. Mane air mane itik pon taktau dah. Haha
hehe. jadikan ia sebagai pengalaman :). memang penat nak layan budak2 neh. hehe :P
nisa:
ada lg yg fed up kaler separuh je sbb dh x larat. cikgu pon xmau amek gmbr dia
era:
pengalaman ni sgt bermakna 1st tyme masuk kelas lama2
wah, comey2 budx2 tu an msti best tgok diorg mwrna.. hahs sweet je~ ^_^
Hahahaha seronoknyaa jadi cikgu ><
suka tgk lukisan budak2 :)
Post a Comment