Thursday, March 22, 2012

Lawatan ke Parlimen Malaysia


Hye semua. Lama aku dan kawan-kawan tak keluar buat pemerhatian luar kan. Hari selasa lepas kami pergi melawat ke Parlimen. Semester ni kami belajar tentang Politik dan Kerajaan jadi nak tahu lah keadaan dan situasi sebenar semasa debat dalam dewan rakyat macam mana kan. Kami ke sana sebagai pemerhati jek.

Ingat tak dulu aku ada cerita pasal kami pergi beli kain untuk buat baju kelas? Okey, nah link untuk kamu ushar. Sekarang dah siap. Memang beli untuk pakai gi Parlimen pon.


Sampai-sampai je kat Parlimen tu  dah ada yang wat demonstrasi pegang sepanduk. ce tengok pakcik pakai kot tu. Siap wat peace lagi orang amek gambar dia. Yang lagi 2 orang tu menyorok plak eh. Malu letteww.


Ketua rombongan Cik Kiah. 


 
Ni kami kena beratur sebelum boleh masuk ke Dewan bersidang. Kami kena tinggal kamera dan henfon pastu beg pon kena tinggal jugak. Masuk dalam ni kami bawak kertas, pen dan dompet jek. So, tak dapat nak tayang pe yang ada dalam tu dan keadaan dalam Dewan bersidang tu.


Kami masuk dalam dewan tu ahli-ahli dewan semua sedang berdebat pasal Lynas. Alah, projek nuklear yang didirikan kat Gebeng, Pahang tu. Lawak giler pihak kerajaan ngan pembangkang dorang gaduh-gaduh. Sampaikan kami ase nak bersuara jugak nak gitau pendapat. tapi kami sembang senyap-senyap sesama kami je la. Kami pemerhati jek, bukan nak gi berdebat.


Bila dah pukul 1 dewan berhenti rehat. Tadi punyerlah hebat dorang bergaduh pihak kerajaan ngan pembangkang ni tup tup lepas habis berdebat elok je dorang sembang balik. Siap ada yang gi makan semeja lagi sambil gelak-gelak. -_-"


Bergambar kenangan bersama-sama pelajar-pelajar dan pensyarah Pengajian Sosial.


 Ohvernyer budak laki kelas aku. Eh, sorang tak de dalam gambar. Mana bob?


 Yang ni lagi ohvernyerrrr kau. Kete datok mana kau rembat tu?


Bestnyer dapat pengalaman gi Parlimen pastu masuk tengok dewan bersidang. Selalu tengok dalam tv je kat berita. Ni LIVE punyer aku tengok.Masa tu ada Pak Lah, KJ (khairi jamaludin), Bung Mokhtar, Izzah, pastu sape lagi eh? Emmm.. jap aku ada tulis dalam buku. Ha! Idris Jusoh, Fuad Zarkashi, Kho su khun. yang lain-lain aku tatau nama.


Smartlah bergambar pemandangan gitu.


Sementara nak tunggu masuk dewan pukul 11, kami pergilah makan kat cafe. Dalam tu semua orang pangkat besar-besar, Dato'-datok, datin-datin. tan sri duk makan. Kami semua tertanya-tanya mahal tak eh makanan kat sini. Nampak mcam mahal dan sedap-sedap. Pekerje cafe bancuh air pon pakai coat okey!


Sekali beli nasi lemak. RM2 je!!! Dah lah isi nasi penuh pinggan. Standard harga biasa je. Kuih limapulohsen 1. Jadi, jangan riso kalau nak gi makan kat sana. Kalo kamu nak wat lawatan ke sana la kan.

pi es: gambar ehsan dari kamera besor hafiz

7 comments:

Ara Nadea said...

seronok nye g lawatan.. rindu time belajar dulu.. tapi xpenah sampai ke parlimen.. huhu

Unknown said...

Cantik biru ni !! Bestnye bestnyee !

NoorBieLover said...

dimata saya..sape pakai warna biru smua nmpak cntik & hensem..coz sy suka wrna biru..hahah..konon2 mcm ahli politik turun padang la tu..hehe..

Rin Saharina said...

rin pena pegi time matrix dlu.dduk dlm dewan kna senyap je.

p/s,soooo biru la.lawaaa :)

Unknown said...

salam awak boleh x nk tengok contoh proposal??

ayen said...

cam mne ye nak dftr utk lawatn ke perlimen bersidang

Anonymous said...

cara nk dftr rombongn ke parlimen bersidang