Monday, April 15, 2019

Minta perhatian

Assalamualaikum..

Kisah yang akan diceritakan ini berlaku pada November 2017. Memandangkan aku tak aktif blogging pada masa tu, sekarang baru aku nak up semula kisah ni yang berlaku semasa bersama murid-m urid tahun 1. Kisah ni dalam bahasa Ganu. Harap korang faham la neh.  hehehe. 



Rutin bila masuk kelas tahun 1 sokmo ticer kabor "sit properly, hands on the table". 

Dok lama pahtu dia congek kusi. Syiok ngat congek sampai terbalik kusi ke belakang. Dia pon jatuh sambil sengih sengih. Ticer tolong la gi angkat sambil pesan buat kali kedua " sit properly boy". . .


Sedang ticer tengah ngajar, bung! Terbalik lagi kusi. Mungkin dia dok faham ticer kabor kut english. Kali ni ticer pesan lagi "duduk elok elok la kerusi ada 4 kaki kan." Kali ke 3 doh ning ticer pesan. .

.
Kali ni masuk aktiviti main game Bingo. Seronok ngat laaa murid tahun 1. Tibe-tibe lagi sekali kusi terbalik. Aish. Sengeleng (sengaja) sungguh budok ning. Ticer malas nok marah. Sebab yang lain sedang seronok. Takmau la spoil mood yang lain kan. .


Terus ticer ambik kusi dia heret wat tubik dari kelas. Beng duduk, berdiri je sampai habis kelas. Pahtu dia duduk atas lantai jela. Ok. Ticer ngan gumbiranya sambung main game Bingo. Tapi dia tak mbuh main. Ngamuk sorang diri bawah meja. Ticer malas nok layan. Dia kaco kawan. Ticer pesan ke kawan, beng layang ke dia. Kawan faham.


Sambung main game. . .


Tak dop sape layan ke dia ngamuk sorang bawah meja. Tapi bila muncul giliran dia ticer still bagi peluang untuk dia main sekali. Dia yang tak mau. Ok. Sambung giliran org lain. .


Masuk round ke 2. Mungkin dia tengok kawan-kawan happy semua main game, dia pon nok join semula. Mungkin dia rasa takdop orang nok layan dia berperangau sedemikian. Hahahaha.. sampaila tamat waktu kami main. .


Ticer memang malas nok layan kalo attention seekers gitu. Atau bahasa lain dia MENCAPUB. Nak perhatian biar bertempat. Ini tidak, tiada angin tiada ribut tetibe buat perangai. Bukan sorang anak murid nak kena jaga, yang lain pon perlukan perhatian yang sama.


No comments: