Saturday, April 13, 2019

Izinkan saya




Semasa kelas pendidikan moral tahun 1, topik yang diajar adalah bercakap dengan sopan. Aku ajar lah sebelum. masuk kelas kena cakap dulu 'cikgu, izinkan saya masuk'. Praktislah bebudak ni semasa kelas. Elok jer semua pandai guna ayat tu. Nak dijadikan cerita, selepas kelas aku ada tayangan movie dekat library. Jadi aku bawak murid-murid ni ke sana dan cuba suruh mereka praktis.


"Macam mana cikgu ajar tadi, kalau nak masuk kena mintak izin dulu."

"okey cikgu."

"cuba cakap 'izinkan saya masuk"

"Kak izin, boleh saya masuk?"

kata salah seorang muridku. 😂 Siapa pulok la nama Kak Izin ni. Mungkin ni pertama kali mereka menggunakan dan dengar perkataan IZIN. Lepas ni kena semtiasa praktis supaya lebih familiar. 

No comments: