Wednesday, August 1, 2018

Biawak masak kicap



Kelas terakhir hari ni adalah kelas english bersama tahun 6. Selepas ucap terima kasih semua rush untuk ke dewan makan. Tetiba mereka kecoh dekat kawasan pagar prasekolah apabila ternampak seekor anak biawak. Aku teruskan jela perjalanan ke kuaters cepat cepat sebab lapar sangat dah ni. Nak balik bersilat di dapur lagi ni.

Kelas esoknya pula, semasa bersembang ngan murid tahun 4

M: ticer, semalam murid tahun 6 tangkap anak biawak.
T: laaa...kenapa mereka tangkap. Nanti kena gigit biawak baru tahu.
M: tak gigit ticer. Anak buaya je menggigit.
T: macam mana mereka tangkap biawak tu?
M: mereka pegang ekor dia, pastu tarik. Pastu mereka pegang leher dia.

Dahsyat betol keberanian anak- anak ni.

T: knp la mereka nak tangkap biawak tu?
M: mereka bagi uncle Tim untuk pelihara.
T: nak buat apa pelihara?
M: nanti besar mereka sembelih. Pastu masak la.
T: erkkk... selalunya buat masak apa?
M: masak kicap. Sedap! (Sambil tunjuk tumbs up)
M: ticer pernah makan biawak?

Dia tanya kiter pulok eh pernah makan biawak ke dok. Alahai anak murid..Hehehehe..

Menurut anak murid aku, bukan setakat biawak masak kicap je dorang pernah makan. Ular sawa masak kari pon dorang makan. Betapa eksaited nya mereka bercerita perihal makan haiwan-haiwan eksotik ni. Ticer kembang tekok. Tapi dah memang tabiat pemakanan di sini macam tu tak boleh nak kata apa la. Kena terima perbezaan budaya. Tapi dalam masa yang sama mereka tahu apa yang ticer boleh makan dan apa yang tak boleh. 

No comments: