Friday, June 27, 2014

I'm Back..!


Assalamualaikum semua….

Minggu ni aku dah start masuk semester last. Lagi 5 bulan  akan habes belajar. Jadi, untuk sem ni student final year akan start sibuk tapi aku akan cuba cipta memori bersama kawan-kawan dan junior-junior semoga menjadi kenangan terindah. Ceceh~


Banyak aktiviti dengan dorang aku citer kat belog ni. Kalo rasa free kamu godek-godek la sendiri older posts. Selama berbaki lagi 5 bulan ni akan cubalah update belog walaupon zaman sekarang orang pakat layan instagram kan. Tapi aku lagi suka blogging sebab boleh citer dan share macam-macam kat sini.


Banyak perubahan dalam hidup berlaku sekarang. Cikwe dah tak tinggal kat hostel. Qiah ngan Milan pon dah duduk luar. Kadang-kadang kalau bosan pergi melepak bilik dorang. Semalam junior baru masuk. Beza umur aku ngan dorang 6 tahun oiii. Tapi aku tak rasa pon aku tua. :P


So, akhir kalam..semoga aku rajin meng-update belog.

Selamat mengerjakan ibadah puasa :)  

No comments: