Assalamualaikum...
Minggu ni saya dah start ke sekolah di SKTC. Alhamdulillah sekolah ni okey dan belum masuk kelas mengajar lagi. Minggu depan baru start ambil alih kelas daripada cikgu-cikgu. Kali ni kena mengajar subjek kajian tempatan, sivik dan english. Nervous jugak ni nak kena ngajor english. Cakap omputih pon tergagap gagap lagi acaner nak ngajor ni. Alhamdulillah dapat darjah 3 kelas yang ke dua. Masuk kelas tu pon seminggu sekali jer.
Hari pertama kat sekolah ni, kena relief (ganti cikgu tak hadir) untuk subjek bahasa arab. Masuk masuk kelas murid panggil ustazah. Nak mengajar arab bukan aku tahu sangat. So aku pon suruh dorang keluarkan buku latihan. Bila cek buku sorang-sorang ada jer yang tak buat langsung lagi latihan yang ustaz dorang bagi sebelum sebelum ni. bertuah punyer budak. Aku arahkan siapkan semua latihan sampai muka surat yang kawan yang dah siap.
Tetiba ada murid tanya ' ustazah, ni nak buat macam mana?'
krik krik krikkk... pemadam papan tulis dalam bahasa arab apa woi? aku mana nak ingat dah. Belajar arab masa tingkatan 1 dan 2 je ngan ustaz faiz. Ana haza hazihi muassalamah wailallikoq tu je aku taw siket. Dah la buku latihan dorang tu fully in bahasa arab.
Aku ushar sekeliling mencari jawapan dan ternampak ada murid rujuk buku teks untuk jawab soalan dalam buku latihan. Aku pon gitau "awak buka buku teks muka surat bla bla bla.. Rujuk buku teks tu". Fuhh..terselamat..
Ustazah (T____T)~ tsk tsk tsk...
Semasa kat sekolah sebelum ni pon minggu pertama jugak kena jaga exam pendidikan islam. Murid panggil ustazah. tanya arahan soalan yang ditulis dalam bahasa jawi. Alhamdulillah ustaz ustazah masa kecik-kecik dulu ajar untuk baca dan tulis dalam jawi. Kalo cikgu tak tahu nak baca jawi acaner nak tolong murid translate soalan yang diberi.
Bila duk sorang-sorang aku pikir. Penting sangat untuk cikgu tahu bab agama dan sekurang-kurangnya ada asas dalam subjek subjek lain selain daripada subjek yang dia ajar. Sebab kenkadang bila cikgu tiada di sekolah, cikgu lain akan ambil alih ganti kelas tak kisah subjek apa. Kepada bakal-bakal cikgu sekalian, timba ilmu lagi untuk belajar jangan nak pulun untuk subjek yang khusus tu jer. Wokey. :)
pi es: aku akan berada di sekolah ni selama 3 bulan. Nanti kehidupan akan jadi sangat hectic dan huru hara. Maaf kalo ada yang contact tak dapat. (^__^)~
1 comment:
ustazah? hehe. betul tuuu. penting utk kita tahu bab2 agama skit2. lagi2 kalo dalam kalangan budak2 yg sekolah agama dan ada belajar pend islam. mcm kt sekolah nina 99% cina :(
Post a Comment