Sunday, January 12, 2014

Kejadian accident pertama dalam hidup


Assalamualaikum..

Sekarang aku sedang berehat dalam bilik. Sambil menahan kesakitan dan lenguh badan aku try jugak menaip ni. Semalam aku accident ngan amna. Kami naik motor cikwe lepas lunch nak balik maktab tetiba dilanggar kereta.

Beberapa hari sebelum tu classmates aku plan nak gi riadah kat sungai chilin. Masa tu aku macam tak sedap hati nak gi ke tak sampai wanharith pon ajak gi jugak. Last-last malam tu aku gitau aku tak dapat nak join. Tambah pulak aku baru dapat order dari customer so aku plan kalau tak gi riadah aku nak setle kan customer puyer order. Pagi  sabtu tu masa iron baju nak keluar pergi HQ aku dah iron dress tapi last-last aku pakai jeans dan kemeja jer dan shawl hitam. Memang lama dah aku tak pakai shawl hitam tetiba rasa nak pakai.

Bila sampai kat HQ, frust sungguh aku bila HQ tutup. Silap aku jugak tak cek hari tu hq bukak ke tak. So, aku pon balik hostel ajak amna keluar lunch. Pastu amna ajak gi BSN cucuk duit. Aku pon bawak la motor cikwe. Lepas tu kami gi lunch dan masa nak balik tu trafik light pulok tak berfungsi. Bila aku tengok kereta sama line ngan aku gerak aku pon gerak lah dan u-turn nak balik maktab. Masa u turn tu aku nampak kereta hitam berhenti sebelum masuk laluan ke kiri. Eh eh tetibe ada kereta kaler gold mari dekat ngan aku dan aku pon jatuh tertiarap atas jalan dah.

Masa jatuh tu aku pikir 2 benda je; motor cikwe ngan amna. Aku pusing belakang tengok amna tak de kat belakang aku. Cuak dah aku time tu. Aku pusing kiri tengok amna dah bangun. Huaaa.. nasib baik amna masih ada.. Dia tercampak masa jatuh tu. Kereta yang langgar kami tu berhenti. Masa tu aku tak boleh bangun lagi sebab motor tindih aku. Pakcik yang langgar kami tu keluar pastu aku suruh dia angkat motor. Aku pon bangun gerak gi tepi jalan.

Aku tengok tangan ngan kaki aku berdarah. Tambah pulok terkejut lepas jatuh kan. Ase pening sejuk sejuk badan aku. Nasib baik pakcik tu ajak gi klinik. Pastu ada beberapa buah motosikal berhenti. Ada sorang abang motosikal tenangkan aku. Aku pon panik tatau nak setle macam mana dah kata pon first time kena. Macam mana nak setel motor pastu nak setel badan lagi. Last-last kami gi klinik. Dalam cedera berdarah tu aku bawak motor folow abang motorsikal tu dari belakang. Amna pulak naik kereta ngan pakcik yang langgar tu.

Sampai klinik abang motorsikal suruh kami minum air dulu selawat 3 kali untuk hilangkan terkejut tadi. aku tanya abang motosikal camne nak uruskan motor ni. Dia pon citer apa yang nak kena claim, suruh bincang ngan pakcik tu berapa dia boleh bayar. Aku mintak tolong abang tu tunggu kami sampai setel rawatan tapi dia nak kena gi ambil orang rumah dia balik kerja pulak. Tak pelah. Terima kasih banyak dah tu sebab tolong kami.

Kat klinik aku jumpa pakcik tu tanya pasal bayaran. Berapa dia boleh bayar. Dia kata kereta dia teruk jugak pastu kata sama-sama bayar lah. Eh eh..dia yang langgar kita nak claim sam-sama plak. Pastu aku ngan amna decide kami bayar sendiri rawatan pastu pakcik tu bayar untuk motor.

Ok.

Masa rawatan pulok cek semua luka. Amna luka kat lutut dalam jugak. Sebab dia pakai tracksuit memang koyak lah seluar dia. Aku pulak kena kat kaki, lutut siket je, tangan, lengan dan bahu. Semua belah kiri sebab kami jatuh belah kiri. Motor pon calar belah kiri jugak. Nasib baik aku pakai seluar jeans tak jadi pakai dress. Kalo amna pakai jeans mesti tak dalam sangat luka dia. Kat klinik pulak satu hal. Doktor apa ntah macam tu. Suruh pekerja dia rawat sapu iodin dan balut je. Pastu bagi ubat untuk makan antibiotik dan ubat tahan sakit. Ubat sapu luka dia tak bagi. Aku pulak yang mintak nak ubat sapu jugak. Yang sedeynya kami dua orang baru je dapat duit tak sampai 24 jam kena guna duit tu. Amna baru je cucuk kat BSN, aku pulok baru je dapat untung dari customer order. Total rawatan kami 2 orang adalah dalam 150.

oh ya! sambung pasal motor. Kan abang motorsikal dah balik. Pastu pakcik tu tolong gi bawak motor pergi kedai motor bersebelahan ngan klinik  semasa kami terima rawatan. Aku pon suruh amna call budak laki mai tolong setel kan pasal motor. Nak call classmates aku dorang semua gi sungai chilin. Setel rawatan tu tengok syahrin ngan sanchez dah ada. Kedai motor ngan klinik tu kat belakang maktab aku je. Kami harap kat dorang jerlah setelkan pasal motor. Kami pompuan bukan tahu mende pon. Terima kasih banyak-banyak kat dorang dan terima kasih jugak kat pakcik tu kerana tak langgar lari dan bertanggungjawab.

Pastu kami balik hostel. Syahrin duk cerita lah apa patut kami buat kat luka, pastu dorang akan setelkan pasal motor. Kat hostel plak roomate aku tak de, roomate amna pon tak de. So, kami bergantung sesama sendiri jerlah. Kelakor pon ada jugak. Terima kasih kat amna sebab tolong rawat aku. huhuhu~

Kat bilik kami flasback balik pe yang berlaku. Berdasarkan luka dan kerosakan motor kami rasa dan orang lain pon rasa kami bawak slow. Dan pakcik tu kata trafik light blink-blik kaler hijau. Tapi aku memang kompem trafik light tak nyala langsung. Dan masa aku u-turn tu ada kereta kaler hitam sebelah kiri tengah tunggu nak masuk line kenapa pulok yang langgar kami kereta kaler gold. Nampak sangat dia laju dan potong kereta kaler hitam untuk masuk ke line kiri dan tak sempat nak break terus langgar kami.

Aku nak citer panjang lagi tapi nantilah aku sambung pasal kesengsaraan lepas eksident. Doakan kami cepat sembuh ye. Alhamdulillah masih lagi bernyawa sehingga saat in. :)

2 comments:

NinaAz said...

aduuhhh... sakit tuu law jatuh motor. semoga cepat baik yeaa.. rest leklok

Lelaki said...

alhamdulillah syukur ok