Sunday, January 12, 2014

Dilanggar garuda

Assalamualaikum...

Bila mula hari isnin mesti ramai yang ternanti-nanti bila lah nak hujung minggu. Tahun ni aku masih tinggal di hostel. Macam biasa lah aktiviti hujung minggu budak hostel; sambung tidur lepas subuh, basuh baju, kemas bilik atau keluar outing. Sekarang awal bulan elaun pon tak masuk lagi so ramai yang lepak kat bilik je termasuklah aku. Hehehe...


Haritu kami ada roll-call ngan warden asrama. Warden gitau bila hujung minggu, pagi sabtu ngan ahad hostel ni macam kena langgar garuda. Senyaapppppp jer. Macam sekarang aku tengah taip entry ni memang senyap sangat sangat yang berbunyi kenderaan yang lalu lalang tepi blok aku ni jer. Kalo aku pon, bila hujung minggu adalah hari balas dendam nak tidur lebih siket lepas subuh memandangkan hari biasa kena bangun awal untuk ke kelas.


Tahun ni aku ada azam baru, pape pon fight sedaya upaya jangan tidur lepas subuh. Aku pon plan aktiviti apebenda nak buat untuk tak kasi tidur balik. Kadang-kadang aku baca buku, pi basuh baju ke, kemas bilik pastu buat sarapan. Ehem..sarapan aku bukan susah pon. Goncang shake Herbalife jer. Simple je sarapan aku..Kalo nak lebih buat milo cicah ngan roti.


Pastu bila weekend jugak ramai yang tak de kat hostel. Ada yang gi rumah sewa kawan, ada yang balik kampung bagi yang duk negeri dekat-dekat dan ada yang balik rumah sedara mara. Aku tak de sedara mara kat sini so kenkadang aku gi rumah sewa kawan aku je atau lepak di room sweet pinky room aku ni ha. Tahun ni aku plan bila cuti aku nak buat lawatan gi rumah kenkawan aku lah terutama Ery yang lama dah ajak aku lepak kat shah alam. Hehehe.. =P insha allah. Kalo tak de papehal aku sampai situ.


Esok dah Isnin..so, ku menanti weekend seterusnya... (T___T)~


1 comment:

NinaAz said...

kalau weekend tuu xtaw nk pegi mana, meh leee umah akak. hikhik