Wednesday, June 26, 2013

Kursus berkayak


Assalamualaikum...

Semester lepas kami kena pilih kelab untuk lengkapkan markah kokurikulum kami semester ini.. Alang-alang ada kelab kembara, aku pon letak pilihan pertama kelab kembara. Alhamdulillah dapat apa yang aku pilih pertama tu. Dulu masa kat UUM aku pon join kelab kembara jugak. Besttttt sesangattttt. Aku pernah citer pasal aktiviti pertama dan terakhir yang aku join dalam kelab kembara semasa di UUM dulu. [camping kelab kembara]. Beberapa aktiviti dah dirancang semasa perjumpaan pertama aritu. Untuk aktiviti pertama kelab kami akan pergi kursus berkayak kat Taman Tasik Titiwangsa. memandangkan tak semua tahu berkayak, moh ler kita berkursus dahulu. Karang terlingkup dihempap kayak tu semasa tengah-tengah tasik tak derlah nak menggelabah kan.


 Oleh sebab cuaca sekarang berjerebu teruk, langkah berjaga-jaga kami pon pakailah mask dan pakai topi sebab waktu tu pukul 2 petang kami start aktiviti. Alah, untuk elak sun burn. Pakai time ni jer pastu bukak sebab kena buat water confident. Tak pasal-pasal basah kuyup pakaian aku. Pastukan kami kena angkat kayak tu dari stor ke tasik. Mak datok berat giler kayak tu nak tercabut lengan ni ase.


Gambar semasa buat aktiviti dalam air tak dapat nak ambil sebab tak de sape nak tolong ambilkan. Camera aku tak canggih untuk bawak masuk dalam air. So antara aktiviti kami lakukan macam aku gitau tadilah. Ada water confident, belajar berkayak, susun kayak bagi jadi satu line (rafting kot nama dia), tukar kayak dengan rakan sampai ada yang terlingkup dan bersiar-siar keliling tasik dengan sendirinya. Ceceh...


 Dah naik ke darat baru aku ambil gambar. Tengoklah cuaca tu kelam jer kan ngan jerebu. Alhamdulillah sebab tak derlah panas sangat bila jerebu lindung matahari sampai bumi. 


 Yang pegang kayak kaler biru tu bukan sesajer dia nak posing ala-ala tafff angkat kayak yang berat tu macam tu. Dorang sedang keluarkan air dari kayak. Nasib baik kayak aku tak masuk air sangat tak derlah susah payah nak keluarkan air. Tapi aku praktis jugaklah pakai kayak moknik untuk keluarkan air tu macam mana.


 Penat sesangat lepas berkayak beberapa jam. Tangan pon hampir melecet duk pegang pedal. Kami sampai maktab pukul 7 lebih. Lepas solat maghrib aku dah tak dapat tahan terlelap tidur sampai pukul 11 lebih. Orang mai kejut pon aku tak pedulik dah. Minggu depan masa ko-k kena gi lagi sekali sebab kursus kayak ni buat 2 hari. Papepon aktiviti kayak ni best. Sape sangka ko akan berendam buat water confident dalam tasik titiwangsa tu kannnnnnn.... errkkkk..



No comments: