Thursday, June 6, 2013

Kejadian pukul 3 pagi

Assalamualaikum...


Pernah tak kamu terjaga pukul 3 pagi? Aku selalu terjaga sekitar pukul 3 pagi kalau aku tidur awal sebelum 12 tengah malam. Tatau lah kalo ni satu penyakit atau tabiat. Benda ni berlaku since aku tiggal kat asrama lagik. Dulu masa kat hostel prep malam habis pukul 10 malam. Then baca al-mulk, lepak-lepak jap, iron baju ke, basuh baju atau wat keje pape pastu tertidur sebelum pukul 12. Aishhhh tetibe terjaga tengok jam dah pukul 3 pagi lebih-lebih siket atau dekat-dekat nak pukul 3. Kadang-kadang pernah sharp jarum jam tunjuk 3 pagi. Pastu dah agak-agak tak boleh tido aku pon gerak gi menghimpit kat katil orang lain.



Dulu kat emareasem kami tinggal macam dalam rumah flat tau. Betol-betol rumah sebab emaresem pdrm dalam kuaters polis. So, dalam satu rumah tu ada 3 bilik yang duk 2 orang dan 1 bilik duk sorang. Masa form 1 sampai form 3 aku duk bilik 2 orang so aku ada roommate nama Era. Tapi bila aku terjaga aku tak gi tido ngan era sebab era selalu tido bersama ngan buku-buku atas katil. No space untuk aku. Jadi aku pon angkat bantal ngan selimut gi bilik paling depan sekali. Menghimpit tido ngan Ery. Dialah partner tido aku selama 3 tahun tu kalo aku terjaga atau tak boleh tido malam.


Bila dah masuk form 4 sampai form 5 lagi seram. Aku duk bilik sorang ooooooo. Bilik hujung sekali tu memang untuk sorang jer. Bila terjaga tengah malam aku pon larik gi bilik sebelah. Bilik sebelah ada Yuges ngan Rohini. Mereka Indian. Aku pon menghimpitlah tido ngan dorang sebab katil dorang rapatkan so banyak space untuk aku. Pernah sekali aku terjaga aku larik gi bilik dorang, then bila baring selimut segala bagai, aku pon asa lain macam tau. Aku tengok Rohini tetibe tarik selimut tutup muka habes. Pastu ada something lalu masuk  bilik tu jugak dan melintas depan aku. Zuuuppppppp… Dalam sekelip mata meremang bulu roma aku. Baca ayat-ayat Quran, ayat Kursi semua Alhamdulillah okey dan sambung tido. Bangun esoknyer aku tanya dia, ada Nampak pape ke semalam? Dia kata ‘eh, tak de pon. Awat wey??’ Tataulah dia saja tak mau bagi aku cuak atau dia memang tak sedor. 


Aku ingat benda ni berlaku sampai aku study dan stay kat hostel tu jek. Rupa-rupanya tak. Kat rumah pon sama akan terjaga jugak kalo aku tido awal. Bila terjaga, aku pon call lah Nasir sebab masa tu aku kawan ngan dia dan dah pakai henfon. Aku start betol-betol ada henfon lepas SPM. Dan zaman tu jugak tak de blog lagi. So nak tak nak aku mesej je lah kawan-kawan. Dan berlanjutanlah kejadian bangun tengah malam ni sampailah ke Matrik. Tapi kat matrik aku dah pandai cover dah daripada terjaga tengah malam. Lepas Isyak aku akan tido then set jam atau suruh roommate kejut sebelum dorang tido. So, masa tulah aku bangun study. Sebab tu pointer kat matrik aku tak bape bagus sangat macam kawan-kawan lain. Bila semua tido, aku kan  study sorang-sorang,  kalo ada something aku tatau aku tak boleh tanya sape-sape. Tapi Alhamdulillah ada peluang masa U pilihan pertama aku walaupon pointer macam tu.



Pastu, start kat matriklah roommate aku ajar buat blog. So, bila aku terjaga tengah malam aku akan buat 3 perkara: pertama larik pergi menghimpit kat katil orang lain, kedua contact Nasir atau ketiga blogging. Kalo nak study plak memang jarang dah la lepas dah ada blog sebagai peneman. Dah berlarutan sampai aku masuk U dan masuk maktab. Begitulah ceritanya. Dan sekarang perkara yang kedua dah tak buat dah. Bila terjaga aku akan kejut roommate aku sekarang, Wafa untuk bangun tahajud sama-sama. Dari dulu lagi aku pikir, kenapa Allah kejut aku sekitar waktu tu??? Masa zaman sekolah dulu aku jahil tak bangun tahajud. Alangkah ruginyer aku pada masa tu. Alhamdulillah sekarang baru ada kekuatan nak bangun tahajud atau maybe sebab dorongan dari roommate jugak.



Kalo hitung-hitung balik, banyak kali jugak aku menghimpit ke katil orang sejak kat emaresem lagik. Ada era, ery, rohini, yuges, aizat, Nabila, yasmin, pika, fatin, nasita dan sekarang ngan wafa. Hihihihi… Terima kasih pada mereka sebab dalam mamai-mamai aku kejut dorang nak tido sama atas katil bujang hostel tu. Kamu pernah tak terjadi kejadian yang sama macam aku??? Ke aku sorang jer ada perangai pelik macam ni? Alhamdulillah sekarang dah tau cara nak hindar dari terjaga tengah malam pukul 3 pagi iaitu jangan tido sebelum pukul 12!!. Daripada terjaga sorang-sorang baik aku tido lewat. Tak kuasa aku dah nak tanjat tanjat bangun macam tu tambah-tambah ada keluar movie tajuk 3 A.M. Eeeeeeeee…. Serammm…

2 comments:

Hanna Nabiella said...

hanna pun selalu jugak tbgon time kol3 pagi. tapi alhmdulillah xde pape lagi.. huhu, orang kate, hantu or setan nie emg aktif time2 cenggitu, so banyak2kn berzikir semoge kite dilindungi..aminn ^^

Bedak arab kokuryu! grab it now! ^^
http://www.farhanabiella.my/2013/06/bedak-arab-kokuryu.html

nidapink90 said...

hahaha.. aku penah gak jd gitu.. kdg2 dlm seminggu or 2 minggua kan akan terjaga pagi2 buta kul 3 gitu gak la.. pastu jenuh pejam mata lama2 tuk tido blek.. nk bgun amek wudhu wat solat sunat malas.. hahaaha.. tp sebebnarnya cube fikir knpe sering terjaga awal pg buta.. mgkin Allah nk bg kita peluang utk solat , dan berdoa kpd Nya.. kan waktu tu mustajab sebenarnya.. tp rasa malas nk bgun kan gi blik air.. tu la yg nak kena lawan tu