Wednesday, March 6, 2013

Hectic week


Salam semua..apa khabar ? 
Kepada yang baru pertama kali singgah di blog ini saya mengucapkan terima kasih dan selamat datang. Hye, nama saya Azie. 

Sejak mendapat tugasan asignment aku jarang update blog. Memang aku online tapi tak sempat pon nak layan facebook, blog atau twitter. Ni pon aku ambil jap masa sambil taip laju laju pape jer yang terlintas di otak untuk update blog sebagai catatan diari kehidupanku. Hahahaha.. Sekarang kan aku berjinak jinak membaca buku diary of a wimpy kid, terfeeling pulok macam tengah tulis diary. jadi ko baca jerlah entry bosan diary kehidupan aku ni ha.

Start hujung minggu lepas jadual kehidupan aku dah tersusun dah dengan pelbagai aktiviti. Meh kita recap siket apa yang dah berlaku hujung minggu aritu. 

Sabtu: aku ngan roomate pergi Big Bad WOlf. Beli novel-novel english bapak punyer murah. Pastu siap boleh beli pakai baucar buku. Laaaggiiiii lah aku seronok. Aku beli 10 buah buku dengan baucar RM50. Nnati ada masa aku citer lebih lanjut.

Ahad: Pergi training dan event Herbalife. Kenapa aku selalu pergi event Herbalife sampai kawan-kawan dan family cakap sket sket Herbalife. Hahahaha.. Aku kan distributor dan personal wellness coach jadi kena lah ada ilmu macam mana nak coach orang menjadi lebih sihat pastu nak tengok ramai sangat orag yang turun berat berkilo-kilo, masalah kesihatan dah improve dan yang paling aku suka bila da makcik-makcik yang share dorang punyer kesihatan dah improve. (T_____T)~ terus akan teringat parents aku dan family sendiri dan family kawan-kawan. Sejak akhir-akhir ni ramai ibu atau bapa rakan di makab yang meninggal sebab penyakit atau sudden death. Plzzzzzzz yer semua take care of ur parents health.

Isnin: Setlekan asignemnt buat bahan bantu mengajar. Yang ni kerja berkumpulan dan perlu berkumpul buat kerja sama-sama. Pastu hari senin ni jugaklah EOM..!! Memang kelam kabut sangat kehidupan hari senin ni.

Selasa sampai Khamis kelas macam biasa and maybe akan buat latihan aerobik sebab aku join pertandingan aerobik. Pastu setlekan asignment mana yang termampu.

Jumaat: Akan diadakan karnival permainan kecil atau kanak-kanak. Yang ni dah setle nanti aku citer kat blog. 

Sabtu: Pertandingan aerobik. 

Ahad: Gathering ngan kawan-kawan dari MRSM PDRM Kulim yang lamaaaaa gilerrrr tak jumpa. Harap-harap tak de jadual bertindih atau tetiba muncul keje lain.

Memang sepanjang bulan mac ni akan sibuk sangat-sangat. Banyak benda nak kena setle sebelum aku ke sekolah pada bulan april ni. Aku harap aku punya masa untuk menjenguk ke blog dan update catatan yang berguna dan bermanfaat untuk kamu semua. 
Ok lah aku nak sambung buat asignment. Bye! xoxo~
 
 
pi es: akahirnya JPP maktab aku dah ada organisasi baru. Dan dengan ini saya meletakkan jawatan sebagai pengerusi biro penerbitan. Ni blog yang aku manage dulu. 
 

1 comment:

NinaAz said...

Bznyaaa diaaaa. Semoga berjaya yeaaaa :)