Wednesday, March 6, 2013

Berapa tahun baru habis baca?



Hujung minggu aritu aku, wafa (roomate aku) dan arif (kawan wafa) pergi Big Bad Wolf kat The Mines. Bila dapat tahu harga buku murah lima hengget jer aku terus ekasited nak pergi. Pastu dapat tahu pulak boleh beli pakai baucar buku. Lagi lah aku seronok. Lagi pon baucar buku aku ada rm200 lagi masa tu. 

Kami pergi sana pagi, so nak masuk tak perlu lagi beratur. Tapi kat dalam orang dah ramai. Aku perasan yang kali ni punyer tempat dia kecik sket berbanding yang aku pergi masa kat UPM masa tahun 2011. Masa tu aku beli 4 buah buku jer ngan harga RM8 setiap satu. Dah lah masa ni tak de baucar buku. Tapi yang 4 buah tu pon tak habes baca lagi sampai sekarang!

 Rambang mata aku nak plih banyak sangat buku nyer.. Aku cuma pilih yang ada tulis best author atau ada lah kat buku tu komen buku tu best atau yang bahasa simple-simple dan mudah faham.

Ni hasil borongan aku. 10 buah semua nya setiap satu RM5. Jadi pakai baucar buku ngan ngam soi RM50. Tak payah keluarkan duit sendiri. Duit kerajaan bagi gunalah sebaik baiknya dengan membeli buku.. ceceh...


Dah agak berejam aku duk dalam tu, dah siap pilih buku, nak kena beratur pulak dah untuk bayar. Panjang giler barisan. Wafa ngan Arif cancel beli buku, letak balik sebab panjang benor beratur. Aku pun dengan gigihnya beratur sampai lah giliran aku.


Dah habes bayar, tetibe perasan abang counter bawak botol air hijau Herbalife. Patutlah nampak bertenaga jer. Sape tak minum herbalife lagi?? Baik ko dapatkannya sekarang dari aku. 


pi es: setakat hari ni tak sempat lagi nak baca walau satu buku pon yang aku beli masa Big Bad Wolf. Hehehe~ sangat sangat busy ngan kelas, asignment..stress achik ni ha.



1 comment:

[z@ck] said...

byknya novel! nak pinjam! =P