Assalamualaikum semua...
Sekarang rasanya dah ramai yang telah mendapatkan baucar buku 1 Malaysia. Tahun ni kerajaan baik hati telah up jumlah baucar lagi RM50 berbanding tahun lepas dapat RM200. Syukurlah kan rezeki Allah nak bagi. Tahun lepas kamu beli apa ngan baucar buku tu??? Harap-harap semua beli barang-barang keperluan yang berfaedah lah yek. Ramai jugak aku dengar citer ada yang jual baucar tu lah, pastu ada jugak perabih baucar beli komik -_-". Tahun lepas kami budak maktab dapat lambat baucar buku jadi benda nak beli memang main tangkap muat jerlah. Aku beli hard disk berharga RM270. Jadi aku topup pakai duit sendiri RM70.
Baucar buku tahun 2013 dapat RM250. Syiokkknyeerrrr bagi orang yang giler buku macam aku ni haaaa...
Tarikh akhir nak guna baucar ni lambat lagi so, tak perlu gelojoh seperti tahun lepas untuk habeskan semua baucar. sebab bulan 4 ni aku praktikum opkoslah kena guna banyak duit nak beli peralatan sekolah. Oleh itu aku telah menggunakan RM50 sahaja untuk permulaan ni. Pergi Jalan TAR masuk kedai buku apa ntah lupa lah nama dia.
Pada mulanya aku nak beli buku teks Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik Kewarganegaraan Tahun 6. Pastu ditambah dengan buku yang kat bawah ni.
Beduk diketuk dan bercinta sampai ke syurga.
Reason nak beli buku ni sebab yang beduk di ketuk tu aku dah pernah baca pastu beli tapi pi bagi hadiah kat Nasir. Tatau lah Nasiruddin baca habes tak lagi sampai sekarang. Saja nak beli lagi sekali untuk simpanan sendiri. Yang buku bercinta sampai syurga tu nak beli sebab aku dah baca buku Aku Terima Nikahnya. Best sangat sangat sangat jadi kenalah baca kesinambungan buku tu dalam bercinta sampai syurga. Total kalau beli 2 buah buku ni campur buku teks dah jadi lebih RM5O (T_____T)~
Lilau-lilau lagi dalam kedai buku tu sampai berejam.
Tetibe ting! Teringat ada satu buku yang dah lama giler aku cari untuk baca balik sebab sebelum ni pinjam kat orang. Tak habes baca pon lagi sebab buku tu mak Ruby pinjam dari kawan dia. Tanya kat tuan kedai ada tak buku "asam pedas gula melaka".
Tuan kedai cakap "TAK ADA, DAH HABES"
Tak puas hati ngan jawapan yang diberikan. Ntah ntah dia malas carik sebab memang berlambak giler buku dan susunan main letak jer kat mana-mana. Nasib lah kalau terjumpa. Carik punyer cari tetibe Ruby jumpa!! Sewonok giler bila dapat buku ni.
Asam pedas gula melaka. Harga RM43.
Sebab aku bajet nak guna baucar buku RM50 jer jadi terpaksa cancel buku-buku yang dah diambil first first tadi. No problem sebab aku dapat buku ni. Ruby cakap beduk diketuk kan dah baca pastu sebelum aku bernikah tu mesti dah ramai orang beli jadi nanti pinjam jerlah kat sape-sape.
Pasai apa aku nak sangat buku ni yang cikgu Norbi tulis ni???
Buku ni merupakan tentang seorang pengetua sekolah. Kira mcam diari dia start dari hari pertama dia posting ke sekolah sampailah dia jadi pengetua. Sangat hebat cikgu ni dan aku suggestkan semua cikgu tak kisahlah ko baru nak jadi cikgu ke atau dah jadi cikgu atau dah nak dekat-dekat nak pencen MESTI baca buku ni. Banyak sangat ilmu dan motivasi aku dapat walaupon sebelum ni masa pinjam aku baca tak sampai separuh lagi. Harap satu hari nanti dapat jadi guru dan pendidik sehebat cikgu Norbi.
Insha Allah.
2 comments:
Aminnnn. Semoga impian azie tercapai ♥
mcm best je. rin pun tgh crik buku motivasi ni. nak boost up spirit utk jadik ckgu yg baikk. hiks =)
Post a Comment