Friday, February 1, 2013

Cintai ilmu


Kelmarin aku berjaya mendapatkan majalah kesukaan aku, Gen-Q. Sebelum ni dah beberapa buah kedai aku singgah selalu tak de Gen-Q. Aku suka baca sebab dia style remaja sket dan murah: RM7 jerrr! Kebetulan topik pada isu kali ni berkaitan dengan ILMU. Ada sepotong ayat dalam majalah ni kata

Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Apabila mati seseorang manusia, terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara; SEDEKAH yang pahalanya sentiasa mengalir (sedekah jariah), ILMU yang bermanfaat serta ANAK SOLEH yang mendoakan." 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jadi, apa yang kamu dapat dari ayat di atas?? Ada 3 benda yang tak kan terputus walaupon kita dah meninggal dunia. 
1. sedekah
2. ilmu
3. anak soleh yang mendoakan

Tapi yang paling aku nak tekankan adalah ilmu. 

semasa aku mula-mula masuk maktab, lecturer aku selalu sebut 'kamu ni beruntung dapat jadi cikgu, sebab bila mati nanti ilmu tu akan selalu digunakan dan disampaikan kepada anak murid kita, pastu murid sampaikan kepada murid-murid atau kawan-kawan dorang". Alhamdulillah..Kamu mesti ingat lagi kan cikgu-cikgu kamu ajar apa masa kat sekolah dulu. Semoga ilmu yang cikgu kita ajar akan selalu mengalir dan cikgu dapat saham di akhirat. Insha allah..

Tapi, takkan cikgu jer dapat saham ilmu yang bermanfaat?? Orang lain tak boleh ke??

Sape kata tak boleh. Kalo kamu seorang blogger pastu share somenthing yang bermanfaat kepada orang lain itu dikira menyampaikan ilmu jugak. Pastu ilmu walaupon simple dan sedikit juga bermanfaat. Aku masih ingat lagi, masa darjah 1 kami kena hafal bacaan solat. Aku baca doa iftitah salah. Pastu kawan aku tegur bacaan aku. Aku ingat lagi ayat dia "mak aku ajar bukan allah akhbar tapi allahu akhbar" So, bila aku realise benda tu salah aku perbetulkan dan baca dengan tertib dan betul dalam setiap solat.

Pastu aku pulak ajar pada orang lain dan orang lain ajar pada orang orang seterusnya. Nampak tak macam mana ilmu walaupon sedikit tapi sentiasa bermanfaat kepada orang lain. Semoga ilmu yang diajar oleh mak kawan aku mendapat saham di akhirat. Insha allah.



Aku nak nasihatkan pada kawan-kawan yang masih muda ni, selalu-selalula membaca untuk dapatkan ilmu. Remaja zaman sekarang asyik sangat dengan gadjet lah, asyik-asyik bukak facebook, main game lawan-lawan ermmmm...kalo malas membaca pon pergi lah ke majlis-majlis ilmu, join usrah. Tak kisah apa pon latar belakang kamu; seorang pekerja, pelajar, penganggur, peniaga pasar malam atau penjual beger yang penting mesti ada ilmu. Jangan serik untuk mencari ilmu dan sampaikan ilmu itu kepada orang lain. Insha allah ilmu yang kamu share itu maybe disampaikan jugak kepada orang orang seterusnya.


No comments: