Friday, January 11, 2013
Seronoknya berqasidah
Beberapa hari lepas, naqibah aku ajak pergi stadium badminton Cheras sebab ada program Malam Cinta Rasul. Aku ingatkan ada ceramah rupa-rupanya ada qasidah. Dalam majlis tu ada jugak artis iaitu al-mawlid dan kumpulan nasyid in-team.
Mesti ko tertanya-tanya kan apa tu qasidah??
Qasidah merupakan puisi atau puji-pujian terhadap Allah mahupun Habibuna Rasulullah S.A.W. Qasidah adalah satu cara para ahli sufi meluahkan rasa rindu dan kagum mereka kepada Allah, RasulNya, Para Sahabat Nabi, Wali-wali Allah dan guru-guru mereka yang Mursyid.
Dulu masa kat assembly kat maktab dah ada budak maktab aku berqasidah, tapi sebab first time dengar jadi perasaan tu biasa biasa jer la. Bila al-mawlid mai maktab aku untuk program icon pon aku rasa biasa jer.
Tapi masa kat stadium tu bersama-sama ngan orang-orang luar maktab ase wohaaaa....!!! sangat sangat.
Terima kasih kepada naqibah aku yang jemput gi sana.
Selama 2 jam non stop semua dalam dewan berqasidah.
Pompuan duk bahagian atas. Yang laki bersila di bawah.
Pengacara gitau majlis malam tu akan ditayangkan di TV Al-Hijrah pada hari maulidur rasul 25 haribulan nanti.
Sepanjang sesi berqasidah tu ada beberapa yang aku tau nyanyikan.
baru aku teringat masa kecik-kecik dulu ayah aku ada beli cd Hadad Alwi dan Sulis.
Rupa-rupanya tu pon termasuk dalam qasidah. Puji-pujian dan doa kepada Allah.
Dalam Islam pon ada hiburan.
Aku rasa better pergi majlis-majlis macam ni berbanding pergi konsert.
Kalo belum pernah dengar qasidah, pergilah search kat youtube sekarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Badminton cheras dkt tmpt kerja sy. Smk tmn connaught. Hihi
Post a Comment