Assalamualaikum semua. Alhamdulillah bertemu lagi kita pada tahun 2012. Camne permulaan tahun 2012 ni?. Kalau anda happy sila senyum-hands up-waving-and say...HYE AZIE! Bagos semua (tepuk tangan ramai-ramai).
Permulaan tahun baru aku biasa jek. Malam tahun baru cuaca di terengganu hujan lebat jadi tak dapat menyaksikan percikan bunga api. Malah yang sadisnya pukul 10 malam pada 31 desember 2011 aku tertidur dan apabila aku bangun jam menunjukkan pukul 12.45pagi 1 januari 2012. Bangun je dari tidur terasa macam baru je melepasi terowong masa 'Oh! apakah?sekarang aku berada di tahun 2012'. pastu frust tak dapat countdown depan tv sama-sama manusia yang sambut secara live.
Kenyataannya sekarang aku dah selamat sampai di maktab ter'cinta' dan esok bakal memulakan kelas pertama. Perjalanan menuju ke Kuala Lumpur semalam sangat membuatkan aku panas. Bas aku pukul 10 malam. Semasa dalam perjalanan pada pukul 11 malam lebih airkon tiba-tiba hanya mengeluarkan angin. Okey. bas masih meneruskan perjalanan. Dan apabila aku terjaga dari tidur badan aku berpeluh-peluh muka berpeluh-peluh berlemuih hang tau dak. Memang aku tak kesah dah keadaan aku waktu tu sebab aku panas tak boleh bernafas. pastu tiba-tiba bas berenti dan lampu semua terpadam. Semua orang turun sebab kepanasan.
Lega aku boleh udara sejuk tengah-tengah lebuhraya. Dalam ati aku berkata janganlah kata ni lebuhraya karak. Dalam semua orang duk tunggu tepi highway tu boleh pulak lelaki-lelaki smoker ni isap rokok. Pastu bila naik bas lagi aku pening dorang bernafas bau rokok. Aku bukan anti giler sangat kat smoker tapi dalam keadaan macam tu agak-agak la siket aku pon nak udara bersih. So, bas berenti je terus kat R&R Temerloh sebab tak mampu teruskan perjalnan sebab dah berasap. dari pukul 4 pagi sampai pukul 7 baru bas baru sampai dan meneruskan perjalanan kami. Hasilnya aku sampai KL pukul 9 pagi. Chill~
Seterunya agenda aku adalah kemas bilik dan bersedia untuk kelas esok. Have a nice day everybody. Dont forget to read older post if u'r hesitate to noe more about me. Eheh!
No comments:
Post a Comment