Sunday, January 29, 2012

Iqra’: bacalah


Hai awak-awak semua. Apa khabar kamu ketika ini? Kalau yang sedang batuk-batuk depan skrin komputer/ lappy tu gi minum air suam segelas baru muncul balik ngadap blog aku ni.


Mula-mula aku nak tanya. Kamu suka membaca tak? Kalau suka angkat tangan kalau tak suka wat tatau jek. Eleh, jangan nak tipulah kata kamu tak suka membaca. Habes tu kamu ngadap depan komputer/ lappy ni tengah wat apa? Tengok movie? Ushar gambar aku? Dengar lagu sambil tatap belog aku? Ngaku jelah kamu sedang membaca kan.

Ada satu rancangan tv kat TV AL-HIJRAH yang paling aku suka tajuk dia Pemikiran Pemuda dan Seandainya Rasulullah masih ada. Cerita tu kut bahasa Arab tapi ada sarikata bahasa melayu. 


Aku tatau nak bahasakan diri orang yang bercerita tu sebagai apa jadi senang citer aku kata dia pengacara jelah eh. Pengacara tu kata, 


“Ayat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. adalah Iqra’.


Tapi banyak mana bilangan umat Iqra’ sekarang yang menjadikan budaya membaca tu sebahagian daripada proses mendapatkan ilmu? Kita perhatikan orang Barat kat mana jek mereka berada mereka akan membaca. Semasa tunggu bas, semasa menunggu sesorang, ketika berada di taman, dan di mana saja mereka gemar membaca. Tapi mereka bukan pengikut Rasulullah.

jangan baca buku hanya sebab esok nak exam (×_×;)


Masyarakat kita yang Islam sekarang kurang budaya membaca. Benda senang je nak ikut sunnah Rasulullah. Salah satunya dengan membaca. Jadi, jomlah kita sama-sama menjadikan membaca sebagai satu budaya ilmu. Tak kisahlah bahan bacaan apa yang kamu nak baca sekurang-kurangnya kamu dapat sesuatu ilmu daripada bahan bacaan kamu tu. Dari membaca blog aku ni kamu dapat ilmu ke tidok?

Membaca banyak bahan bacaan untuk mendapatkan ilmu tu tak salah. Tapi jangan lupa kitab bacaan kita umat Islam yang utama: AL-QURAN.

2 comments:

Shahada Fauzi said...

suka entry ni..sebab saye seorang yg gila membaca..dalam beg wajib ada at least satu buku motivasi..in case kalau kena menunggu lama di mana2 ada bahan untuk dibaca dr termenung tak tentu hala..kih3..

Anonymous said...

huhu
sy pun giler membaca!