Monday, April 21, 2014

Berhias untuk murid


 Assalamualaikum…

Kadang-kadang semasa bersiap di awal pagi untuk ke sekolah aku bertanya kat diri sendiri. “Aku duk beriya bersiap cantik-cantik, gosok baju, sapu bedak dan calit lipstick ni untuk siapa sebenarnya?” Padahal kalau pergi kelas (kat maktab)  kadang-kadang pakai baju yang tak perlu di-iron, bedak pon tak pakai sekadar sapu skin booster Herbalife jer dan calit lip ice. Bukan malas Cuma nak mudah. Ceceh...ayaattt.

Bila aku pikir balik, aku melawa gi sekolah adalah sebab anak murid. Bila pakai berhias pada hari tu, aku akan rasa satu aura semangat untuk masuk kelas dan mengajar. Bukan harapkan pujian cuma diri sendiri yang rasa macam tu pon dah kira okey. Bila cikgu rasa confident nak mengajar, ilmu tu rasa mencurah-curah nak share ngan murid. Murid pon akan happy kalau mood cikgu happy. Kannn…




Banyak benda aku belajar dari pemerhatian aku sepanjang aku berada kat sekolah. Aku suka tengok cikgu-cikgu bergaya. Macam-macam fesyen dan aku pernah berangan “nanti dah jadi cikgu nak pakai cantik-cantik macam cikgu tu lah”. Bukan sekadar penampilan cantik yang penting sekali KEMAS.

Bila balik rumah semasa cuti sekolah, mak dan adik-adik aku (mereka satu sekolah yang sama) selalu bercerita tentang seorang cikgu ni. Murid-murid panggil cikgu tu cikgu pramugari. Cikgu muda yang pandai bergaya ngan pakai heels dan handbag dan lilit shawl. Teringin aku nak terjumpa ngan cikgu tu yang juga senior kat maktab aku ni kalo aku pergi sekolah dorang nanti.

Aku selalu call ngadu kat mak aku yang aku suka ngat tengok cikgu bergaya. Mak aku pon kata, nanti dah jadi cikgu ada duit sendiri bolehlah nak bergaya gitu. Sekarang harapkan duit elaun pakai lah dulu mana yang mampu.

Betol jugak kata mak aku tu. Tapi lama lagilah nak tunggu saat itu.Hurmmm..



Dan aku happy sekarang mak kasi aku bawak handbag yang aku tinggal kat rumah untuk ke sekolah. Sampaikan satu hari aku masuk kelas bawak handbag, bila habes mengajar aku keluar kelas tetiba ada murid pompuan kejar sambil panggil-panggil aku “cikgu, handbag cikgu tertinggal!”
Laaaa… aku bawak handbag rupanyaa…


No comments: