Thursday, March 20, 2014

Cara jaga buku paling mudah



Assalamualaikum...

Kali ni aku nak share cara paling simple atau bahasa mudahnya cara paling pemalas untuk jaga buku. Sesiapa yang suka membaca mesti ada banyak buku kan. Pastu bagi buku tahan lama selalunya yang rajin akan beli pembalut buku pastu balut kemas-kemas. Tapi aku ni kurang rajin siketlah nak balut buku. Hehehehe.. Jadi aku guna cara lain untuk jaga buku bagi tahan lama..


Cara ni aku guna sejak zaman sekolah lagi. Masa sekolah menengah kami budak maresem kena beli buku teks sendiri sejak tingkatan 1 sampailah tingkatan 5. Semua buku teks kami beli untuk setiap subjek. Kalo nak balut mestilah pakai pembalut buku yang banyak dan mengambil masa pulak nak balut.


So..cara yang kami buat..


Salotep tepi kulit buku jerr

Bahan yang diperlukan:
1. Gunting
2. Salotep

Cara-caranya:
1. Tarik salotep di tepi buku dari hujung ke hujung buku (rujuk gambarajah).
2. Gunting salotep
3. Lipat lebihan salotep ke muka surat bahagian belakang.
4. Ulang cara 1-3 kat bahagian tepi yang lain.
5.Tertib.


Mudah je kan..!


Selalunya buku akan rosak pada bahagian tepi terutama bahagian tepi kulit buku. So, nak mudah kita jaga tepi kulit buku jerlah dengan salotep. Jimat belanja, jimat masa nak buat. Kaaannn...


Tutorial ni SAH untuk buku biasa jer. Jangan pulak guna cara aku ajar ni untuk balut buku teks adik-adik atau anak-anak. BUKU TEKS SEKOLAH sila balut pakai pembalut buku. Aku tak balut buku teks masa sekolah dulu sebab tu bukan buku pinjaman sekolah. Yang tu memang kami beli sendiri sebab tak de skim pinjaman buku teks masa kat maresem. Wokey..


No comments: