Wednesday, February 12, 2014

Sambutan Maulidul Rasul


Assalamualaikum...

Dah lama tak merasa kemeriahan sambutan maulidul Rasul. Sebab dah lama tinggalkan alam persekolahan. Bila dah belajar di peringkat sekarang ni mana nak ada nya sambutan berarak di tempat aku belajar ni. Bila masuk sekolah barulah berpeluang berarak bersama murid-murid. Agak meriah jugak lah dan penuh warna warni sambutan perarakan maulidul Rasul di sekolah ni.


Kita banyak buh gambar jerlah ek untuk entry ni. Kamu ushar jerlah gambar. 

Pelajar yang kelainan upaya pon turut serta berarak. Cikgu-cikgu memang kena jaga dorang betol-betol lah sepanjang perjalanan. Kiri kanan cikgu duk pimpin nak bagi jugak murid merasa perarakan. Memang tabah cikgu-cikgu ni. Aku mungkin belum setabah itu.


Murid-murid pra-sekolah pon join jugak berarak. Comel-comel belaka ngan baju kurung dan baju melayu siap bersamping. Kemain lagi dorang ni. 

Bila dah sampai kat jalan raya memang kena pantau dorang ni btol-btol lah. Yang murid perempuan okey jer dengar cakap cikgu. Yang lelaki ni haaa masalah sket. Suruh berjalan pegang tangan kawan. okey dorang ikut. Tapiiii...kejap jela pegangnya. Pastu naik atas divider la pulok.. Jenuh cikgu duk jerit..'turun..turun..!' Bila dah turun tak lama lepas tu naik balik. Haissshhh..berpeluh-peluh cikgu.

 Ni semua sepanduk yang cikgu-cikgu buat.. Kesian murid tahun 3 tak de sepanduk..Mari tumpang berarak bersama sepanduk murid tahun 2..

 Cikgu posing sket...Ni dah habes berarak dorang berehat jap sebelum gi kantin  untuk makan. Lepas berarak rasa dahaga yang amat. Pastu ternampak pulak murid minum air oren mak dia bekalkan. Air oren sejuk pulak tu. (T___T)~ sedapnyer air oren..

 Lepas berarak murid rehat jap makan-makan pastu ada ceramah dan nasyid. Seronok jugak ceramah ni murid tak bosan. Baguslah ustaz ni kawal murid. Senang keje tak perlu cikgu nak menjaga murid jangan kasi bising. 

Dalam duk dengar ceramah tu tetiba pulok ada murid menangis.. Adoyai... Dia termuntah pastu menangis ler. Pengawas tolong uruskan bawak keluar dari dewan sesak tu. Yang murid lain duk eeee eeeee...

Itulah kisah maulidur rasul kami...Nanti kalo free aku citer lagi pengalaman kat sekolah. Kenkadang aku update pasal aktiviti sekolah kat instagram. Nanti kamu ushar lah kat IG aku. shazikashahrim. Tak folo pon tak pe sebab aku tak private pon. 
okey. bye..!

No comments: