Assalamualaikum,,, (kalo jawab salam nanti dapat pahala)
Ini aktiviti aku hujung minggu aritu..Seminggu aku tak on laptop.. kalo online pon kejap je pakai fon. Pertama sekali aku mintak maaf pada yang contact aku di facebook atau kat nombor fon selama seminggu ni tak dapat nak layan. Selama 3 hari kelab kembara pergi aktviti luar jauh ke pedalaman sampai line fon tak dapat langsung.
Kami buat aktiviti berakit kat Raub, Pahang.
Masuk jauh sangat ke dalam. Best tempat tu...kami gi sini semata-mata nak berakit. Tapi ada jugak aktiviti sampingan yang lain.. So, meh aku citer..
Kami tido dalam rumah atap nipah tu. Dorang panggil tu rumah orang asli. Lantai kayu berdinding buloh beratap nipah. Dalam tu tak de kipas tapi rasa sejuk je. Waktu pagi kat tempat ni rasa sejuk macam duk kat cameron highland oooo..Melingkor aku tido dalam sleeping bag.
Untuk aktiviti berakit aku tak bawak kamera. Nanti masuk air sayang ler kamera pinky pinky aku tu..So, gambar berakit aku ambil dari page facebook pihak pengurusan Kela Avdenture Camp.
Gambar ni kalo susun lek lok kedudukan mesti lagi style. Tambah tambah ambil dari view atas.
Sebelum masuk air kami kena pakai life jacket pastu kena buat water confident.
Macam macam style buat.
Syok terapung atas air pastu biar je arus air tu bawak kita.
Yang ni paling ku suka. Sebab group lain buat tak nampak bentuk.
Sebelum naik rakit kena dengar taklimat dulu.
Air sungai cetek giler. Paras baha jer.
Satu rakit naik dalam 3 atau 4 orang.
Mula-mula aku group naik 4 orang sekali ngan fatin, nazmi dan amer.
Bila naik 4 orang tetiba rakit aku tenggelam. Pakcik tu pon suruh aku turun.
So, aku terpisah ngan fatin. Aku naik rakit ngan lecturer..
Untung jugak naik rakit ngan lecturer. Sebabnye aku tak yah kawal rakit. Duduk kat tengah tu jer,. hehehehe...
Group lain ada yang langgar tebing, langgar batu besar, pastu tak dapat kawal rakit semasa arus laju.
Semua rakit naik campur lelaki perempuan. Time pompuan kawal rakit mesti jadi macam-macam.
Pastu bila rakit tersangkut kat tebing lelaki pakat turun tolak rakit. Dah airnya paras kaki jer.
Boleh kayuh rakit pakai kaki. Tyme kami gi ni musim air sungai tak tinggi kot.
Penat berdiri, berakit sambil duduk pon boleh..
Tengok gambar ni terpikir..mampu jugak rakit ni bergerak walaupon air cetek giler. Papepon aku enjoy pertama kali berakit naik rakit buloh.
Ada lagi aktiviti lain. tu sambung next entry. Takkan nak kepam semua cerita dalam ni kot. Stay tuned naaa..Ok bye~
1 comment:
suka main dengan air! hehehe
Post a Comment