Monday, April 1, 2013

Permulaan hari pertama di sekolah

1 april..
Hari ni start hari pertama aku praktikum kat sekolah. Semalam punyer cuak takut menghadapi harini. Walaupon ni bukanlah kali pertama aku gi sekolah. Kalau dulu-dulu pergi observe cikgu mengajar jer tapi kali ni aku yang nak kena mengajar. Sebulan pulok tu. So cuak dia tu lain macam sket. Sebelum tido aku contact kawan-kawan dan senior mintak tips hari pertama. Hehehehe...


Pagi tadi aku bangun awal sangat sangat. Sebab sekolah dalam KL dan memang laluan jem lepas subuh memang ada masa tak sampai setengah jam pon untuk bersiap. Semasa mandi sempat lagi aku pikir betol ke ni tindakan aku mandi awal-awal pagi pukul 5.30 pagi ni. Hurmmm.. 6.30 pagi memang kena gerak dah gi sekolah. Beza giler masa aku pergi sekolah-sekolah kat terengganu. Pukul 7.15 baru gerak dari rumah.

Macam biasa hari pertama sekolah mesti ada perhimpunan. Masa kat maktab untuk tahun ni tak berpeluang lagi join assembly sebab setiap kali ada assembly tu la kami ada kelas PJ. Dalam peraturan nak masuk dewan untuk assembly tak boleh pakai t-shirt walaupon memang dalam jadual setiap hari selasa ko ada kelas PJ. Melepaklah kami melilau kemana-mana semasa assembly.

 Suasana masa assembly tadi. Yang baju biru tu pengawas. Yang kuning tu budak pra-sekolah.

Tadi untuk tahun 2013 baru join assembly. Kebetulan pulok tadi ada pelancaran hari pencegahan dadah. Memang panjang laaaaaa waktu perhimpunan. Aku mengantuk giler sampai nak meleleh ayaq mata oooooooo. Semalam syok-syok tido ada orang kol pulok. Menyembang jap. Pastu terjaga apabila ruby kol suh bangun pergi mandi nak gi sekolah.

Harini bosan sket sebab kami tak de guru pembimbing lagi. Jadual waktu pon tak dapat lagi. Maybe esok dapatlah kot. Kat sekolah tu ramai giler cikgu praktikum. Yang tadi baru daftar untuk praktikum sebulan dah ada 6 orang. Yang sedia ada tatau lah berapa orang.

tak banyak gambar aku ambil arini sebab cuaca harini sangat panas membahang, muka ase belemuih gila tambah pulok mengantuk bosan tatau nak wat apa. Sampai sekarang aku pening pala tapi tak boleh tido sampai sekarang. Okeylah. Tu jer untuk arini. Aku nak gi makan pastu nak iron baju get ready for tomorrow..assalamualaikum...

4 comments:

Kumang Lelang said...

Budak2 ni comel sgt...jgn slalu mrh2 ye cikgu. :)

Rin Saharina said...

gud luck dear. mengajar bebaik =)

shazika said...

@White Dove tak marah pon..garang sket jer. :P

shazika said...

@Rin Saharina tengkiu rin... :D