Selepas jer exam last haritu, kawan-kawan yang lain dah pakat balik ke kampung halaman masing-masing. Tapi aku dan beberapa orang kawan lagi masih stay di KL sebab nak pergi menimba ilmu belajar lagi macam mana nak success dalam Herbalife dan macam mana nak jadi coach yang beretika. So, aku dan Ruby pon stay kat rumah sewa Aina dan Achu Iedah. Lepas seminggu kami pon berangkat ke Gambang.
Balik dari Gambang, bermulalah kisah aku di rumah sewa.
Rumah sewa tu rumah flat belakang maktab aku jer.
Macam-macam peristiwa terjadi semasa aku kat umah sewa.
Aku tak pernah duk lama kat umah sewa sebab aku budak hostel since tingkatan 1.
Kalo duk umah sewa pon menyinggah jap jer kat umah kawan-kawan. hahahaha.
Jadi, selama satu bulan aku kat umah sewa macam-macam pengalaman lah aku belajar.
selalu duk hostel bila tiba waktu makan je pergi makan kat gerai-gerai yang dekat ngan maktab aku.
Order nak makan apa-tunggu kejap-makanan sampai-pastu makan.
Tapi kat umah sewa kena beli barang dapur, pilih ayam, pikir harini nak masak apa. Seronok rupanya memasak ngan kawan-kawan. Aku ni dah lah tak reti pilih ayam. nasib baik ler kawan ajar macam mana nak pilih. Pastu belajar resepi masak spegeti dari Bibah. Siap salin lagi cara-cara nak buat spegeti.
Pengalaman kedua: Dapur terbakor
Pada suatu hari tu aku nak masak. Ntah kenapa bila aku masukkan minyak dalam periuk tiba-tiba api masuk dalam periuk tu. Tanjat lah gege!. Jerit jerit panggil achu iedah. Terus achu iedah datang simbah air, hitam teruih periuk tu. Maaf ler. Bukan aku tak reti masak. Periuk tu yang tak reti behave tyme aku nak masak.
Pengalaman ketiga: Tinggal seorang diri
Pernah satu malam, semua orang balik. Tinggallah aku sorang-sorang kat umah. Bila tiba jer pukul 10 malam ke atas, anjing gedik nak menyalak, bergaduh sakan tatau lah pasai apa. Sakit ati achik ni ha. Takut pon ada jugak. So, aku pon duk diam je dalam bilik paksa diri untuk tidur. Tak boleh tidur. Last-last ambil buku baca cinta high class. Terus tertidur.
Pengalaman keempat: Minum shake bersama-sama
Bila duduk sama-sama ngan orang yang consume Herbalife, soalan yang biasa kami tanya "have you had your shake today?". Atau bahasa mudah nya "ko dah shake ke belom?" Kalo duk sorang, kadang-kadang aku ni terskip jugak minum shake.
Pastu kami banyak sembang pasal masalah kesihatan customer, macam mana nak tolong customer ni, nak suggest dia ambil apa, pastu kadang-kadang terkeluar perkataan
WOHAAA..!! akak ni dah turun 5 kilo!
Wey, customer aku dah ngandung lepas consume herbalife!
Eh, ada orang salah bancuh shake guna susu pekat manis patutlah berat makin naik tak turun turun.
Dan lain lain lagi........
So, sekarang aku dah berada di kampung halaman. Kawan-kawan masih berada di KL.
Semoga dipermudahkan segala urusan kami dalam
MISI MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA MENJADI LEBIH SIHAT
Insyallah~
pi es: thanks kepada tuan rumah. Nanti aku ganti periuk yang hitam tu ngan periuk baru. Huhuhuhu~
5 comments:
best kan duk rumah sewa.bleh main masak2.hihi :)
wow...
xpenah juga merasa kehidupan rumah sewa..
eehehehe
kami nak periuk,, kami nak periuk..sambil pegang sepanduk..ha3
kami nak periuk, kami nak periuk!!!1 sambil pegang sepanduk..ha3
kami nak periuk..ha3 sambil pegng sepanduk
Post a Comment