Friday, December 9, 2011

Halal atau haram ayam yang kita makan?

Assalamualaikum semua.. Aku terbaca satu risalah tentang HALAL ATAU HARAM AYAM YANG KITA MAKAN? Hampir semua orang suka makan ayam. Kita boleh tengok ramainya orang kat KFC, McD, makcik-makcik membeli ayam di pasar, waktu kenduri rasa tak lengkap tanpa ayam masak merah, kanak-kanak mengamuk kalau mak tak masakkan ayam goreng dan lain-lain lagi. Tapi taukah kita macam mana ayam tu di proses? 


Di Malaysia, 97% industri ayam dikuasai pengusaha non-muslim. Kita selalu dengar kat akhbar, tv dan majalah sepanjang tahun bahawa banyak ayam yang tidak halal dijual. Sedarkah kita? Pernah tahu tentang isu ini? Ramai umat Islam tidak faham isu kritikal ketika memproses ayam. Berdasarkan amalan standard industri memproses ayam di Malaysia, usus ayam hanya dikeluarkan setelah ayam siap diproses. Air panas yang digunakan untuk melembutkan bulu ayam dicemari dengan najis daripada usus dan darah. Air panas pada suhu 75oC menyebabkan air yang bercampur najis dan darah ayam Berjaya menembusi daging ayam. Najis ayam merupakan punca beberapa jenis penyakit disebabkan bakteria dan virus.



Antara penyakit berbahaya yang boleh menular daripada najis ayam kepada manusia:
Virus H5N1- virus yang sangat pathogen dapat bertahan hidup dalam najis ayam selama 6 hari (sumber WHO)
E. coli 0157: H7- bakteria paling umum terdapat dalam najis dan usus ayam


Amalan memproses ayam di Malaysia:
1. Tidak kira jenis dan keadaan ayam (berpenyakit, bermasalah) dorang sembelih semua untuk kaut keuntungan
2. Guna kaedah stunning (proses melalikan ayam dengan kejutan elektrik sebelum disembelih)
3. Usus yang penuh ngan najis tak dikeluarkan sehingga ayam siap diproses
4. Ayam dimasukkan ke dalam air panas yang pekat tercemar dengan najis dan darah ayam
5. Ayam dimasukkan ke dalam air ais yang dicampur dengan klorin untuk bagi nampak segar beberapa hari semasa dijual di pasar.
6. Ayam dihantar ke pusat jualan, pasar basah, pasaraya, kedia runcit dan pasar malam.
7. Kebiasaannya ayam diangkut dengan lori dan van yang tak ada kemudahan sejuk beku. 


Bahaya ayam telur (ayam pencen)
Ayam telur diternak sehingga 70 minggu dalam reban yang penuh ngan najis dan kotor. Pakar perubatan seluruh dunia syak ayam pencen menjadi sumber kepada bakteria Salmonella enteriditis. Penjualan ayam pencen telah diharamkan di Singapura dan negara barat tetapi bebas dijual di Malaysia. Isi ayam pencen menjadi kegemaran pengusaha di Malaysia kerana MURAH untuk menghasilkan burger, sosej, nugget dan banyak digunakan di restoren-restoren yang menggunakan ayam dalam hidangan contohnya restoren TOM YAM.


Nabi SAW bersabda. Maksudnya: “makanan itu bentuk syaksiah insaniah”.
Kita pon selalu dengar pepatah omputih kata “ You are what you eat”. 


Kalau bab makan ayam ni aku bukanlah cerewet sangat tapi kalau boleh mencari yang baik itu kan lagi bagus. Family aku selalu makan ayam organik. Sejak ayah aku berkecimpung dengan HPA dia bagi kami makan ayam organik. Memanglah harga ayam organik ni mahal siket dari ayam biasa tapi khasiat dia lagi bagus dari ayam bukan organik.


Jom kita tinjau tentang ayam organik.

1. Ayam tidak dilalikan dengan kaedah stunning
2. Penyembelih mesti menghadap kiblat. Pisau menyembelih tajam dan mesti dicuci selepas setiap sembelihan.
3. Usus ayam dikeluarkan sebelum dimasukkan ke dalam air panas.
4. Ayam tidak direndam dalam air klorin.
5. Ayam makan benda-benda yang bersih dan berkhasiat: jagung, serbuk ikan, temukat,
6. ayam ni mempunyai protein yang tinggi sebab ayam makan makanan herba.



Aku pernah buat oral presentation tentang ayam organik dan bukan organik. Zaman sekarang ni pon pengguna yang berfikir tentang kesihatan akan memilih untuk membeli makanan berasaskan organik. Kalau nak cerita tentang harga memanglah mahal dah proses untuk menghasilkan produk tu dengan baik memerlukan penjagaan yang rapi. Barang elok harga pon tinggi lah.


Rasulullah SAW bersabda bahawasanya: tidak diterima ibadah seseorang yang memakan barangan yang haram. Ramai orang brusaha beribadah kepada Allah dan memohon diterima ibadah tapi kalau makan benda haram minum benda haram pakaian pon haram macam mana doa tu Allah nak makbulkan 


Jadi berfikirlah sebelum makan jangan main rembat je masuk mulut masuk ke perut. Entry ini adalah editing dari risalah ayam Az-Zain yang aku baca. Aku olah menggunakan bahasa yang mudah untuk kamu fahami. 

1 comment:

sarah mohamad said...

Scarynya baca. Uwuuuuwuuu pasni maybe saya akan beli ug organic punyaa biar lah mahal sket punggg :D