Tuesday, March 2, 2010

Orang Asli tinggal dalam banglo dan pangsapuri



Beberapa minggu ni saya sibuk dengan asignment dan aktiviti luar. Salah satu kajian luar yang saya kena buat tentang urbanisasi orang asli. Saya rasa ramai yang tak tahu pasal kemajuan orang asli sekarang. Saya pon terkejut giler ah. Duk kat rumah taman siap ada astro lagi. Rumah saya pon tak de astro nak tengok Raja Lawak. Saya dan bakal chekgu-chekgu yang major kajian sosial buat kajian kat Bukit Lanjang, Damansara. Kawasan kat situ memang membangun sangat sangat sangat.









Banglo dan pangsapuri yang kebanyakkannya didiami oleh Orang Asli suku kaum Temuan. Rumah saya rumah kampung berdindingkan kayu je tapi mereka rumah pangsapuri dan banglo. Wohaaaa... Siap ada Astro pulak tu.







Kami guru-guru pelatih kena temubual dengan borang soal selidik pasal kemajuan kat situ. Apa yang kami dapat tahu, peruntukkan untuk penempatan semula Orang Asli ni lebih kurang RM60 juta. Projek pembangunan kawasan ni adalah di bawah EMKAY dengan kerjasama kerajaan dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Rumah-rumah ni dorang DAPAT FREE tapi cukai dan bil-bil semua kena tanggung sendiri lah. Tapi best la kan dapat banglo sebijik.






Rumah tok batin siap ada sign board gituuu..








Penat giler pusing 1 taman dari rumah ke rumah nak cari responden. Keadaan panas pastu pakai baju kaler hitam lagi lah panas. Benda yang paling mencabar kami semua kena tempuh adalah..taik anjing dan anjing yang berkeliaran tanpa ada tali kat leher anjing tu. Fierce giler anjing-anjing tu. Like a bulldog.







Pastu kena conduct game untuk para pelajar yang kebanyakkanya anak-anak orang asli. Bestnya dorang panggil kami CHEKGU.








Okey. Kajian dah dibuat. Misi seterusnya adalah kena siapkan laporan dan asignment. 24/3 ni dah nak kena submit satu habuk pon saya tak taip lagi T___T. Here we go......







** My pic tak de pon dalam entry ni. tsk T____T.



18 comments:

  1. cite la sket pasal org asli gombak plak

    ReplyDelete
  2. memang dah maju dah org asli skrang..

    ReplyDelete
  3. tin myaa: releks dulu..kasi hot yg bukit lanjan jap

    ReplyDelete
  4. aku suke tul korang nyer course ni.. slalu buat keje luar.. argh aku mau! huhuhu..

    ReplyDelete
  5. slamat pagi cikgu....
    apa prasaan bila gue panggil cikgu..
    hahhaaaa

    ReplyDelete
  6. tmpt ak pon rmai org asli...
    dorg ley tahan gak la..
    even kdg2 berfesyen cm xkena tmpt kn??
    yg pasti astro wajib ad..hihi ;)

    ReplyDelete
  7. lesboku: kau jd doc je la..

    mie: perasaan aku kalo kau panggil gitu..mmm..i like

    sugar: hahaha..astro beb

    ReplyDelete
  8. nampaknya aura cikgu tu dah makin mendalam yer. hehe

    ReplyDelete
  9. wah..sapa kata org asli x maju kan..

    ReplyDelete
  10. wah!!sudah maju orang asli sekarang yer..

    ReplyDelete
  11. fiq: bukan mawi sorang je ada aura tau

    sis z: dorg pon mau maju jgk
    diena:

    ReplyDelete
  12. kaum asli sekaran sudah semakin bijak, open mind, berpendidikan.

    ReplyDelete
  13. Salam :)

    Wahh..beshnya dapat pegi sinunn!!
    Jumpa kanak kanak asli pulak tuh..
    Sure chomel kan cara diorang cakap :)

    ReplyDelete
  14. dorg ckp bhsa mlayu biasa je kak..
    yg ni moden sket

    ReplyDelete
  15. hi shazika..wah makin maju skang orang asli..dok umah pun bukan main lagi..

    ReplyDelete
  16. memang org asli dapat banyak peruntukan sebab diorang minoriti...

    golongan minoriti di jaga oleh pertubuhan hak asasi dunia

    kalau malaysia x jaga diorang betul2... nama malaysia blh jatuh sebab diskriminasi

    ReplyDelete
  17. wah!! teruja baca entry ini...

    ReplyDelete
  18. moden r org asli zaman skrg..
    kalah Fiq yg hnya duk umah kayu~

    ReplyDelete