Sunday, June 23, 2019

Maafkan saya


Assalamualaikum...



(wa'alaikumussalam)


Orang sekeliling cuma tengok aku baru 5 tahun di LJ dan berkata "alaaa zazi, baru 5 tahun. rileks lah. Tunggulah sampai 10 tahun lagi baru pindah" (nada bergurau). Aku chill jerlah. Makcik pakcik yang ada juga bergurau "duk lah dulu beberapa tahun lagi, gaji mahal kumpul duit dulu". yang ni mungkin persepsi orang. Tapi realitinya orang tak tahu mungkin jugak salah aku yang tak cerita.



Allahuakbar..


1. Orang cuma tahu aku 5 tahun di LJ, tapi orang yang betol betol kenal aku mungkin tahu sebenarnya sudah 16 tahun aku tinggalkan mak ayah, adik adik dan family di kampung. Pada usia 12 tahun aku dah berpisah ngan keluarga. Membesar dan mendewasakan diri tanpa family di sisi. Adik adik aku tak membesar dengan aku tapi alhamdulillah syukur kami rapat giler.


2. Tak dinafikan gaji besar bila mengajar di pedalaman ni. Ramai yang kata, banyak ler simpanan zazi. (Aminnn..) "kau tak pelah zi, takdak komitmen lagi".

Aku nak tanya siket, adakah komitmen hanya pada suami isteri yang dah berkahwin? Adakah komitmen tu cuma pada orang yang bergelar bapa atau ibu pada anak?


oh kemonnnn gaisss...


Aku masih ada mak ayah dan adik adik di kampung untuk disara. Itu komitmen aku. Anda fikir seorang anak itu tak de tanggungjawab ke atas mak ayah dia? kadang duit belanja yang mak ayah di kampung perlukan lebih besar dari duit belanja yang aku perlukan di LJ. Cuma dorang tak minta, aku sendiri yang kena fikir.


Ada jugak yabg berkata-kata... aku nak sangat pindah tahun ni sebab nak kahwen..


Memang tu salah 1 alasan dah lumrah manusia untuk berpasangan kan.. Tapi tu bukan alasan utama. Sebab utama aku berusaha dan pulun giler nak pindah ke Terengganu adalah sebab mak...


Ye... Mak aku...


Akhir tahun lepas, sebelum aku gerak balik ke LJ, mak aku telah bersuara yang aku akan pindah akhir tahun 2019. Aku macam terkejut lah. Wohaaaa...! Besar betol cita-cita mak aku ni. Sebagai anak aku kenalah realisasikan impian mak aku tu. Lagi pon tahun depan 2020 mak aku dah nak pencen. Opkos lah dia nak anak yang lama terpisah ni dekat dengan dia..


Lagi satu sebab apa aku nak sangat balik...


Bila aku tengok rambut mak ayah aku dah makin banyak uban di kepala. Sedih giler. Setiap kali aku fikir, setiap kali aku rasa nak nangis. Dorang dah makin tua. Masa dorang makin singkat. Tapi aku masih tiada peluang nak hidup dekat dan bermanja manja ngan dorang. Sakit oening dorang aku tak tahu. Alhamdulillah mereka masih sihat walafiat. Syukur jugak masih ada adik adik di rumah untuk tengokkan mereka.


Sebab tu bila balik kampung, aku akan merap kat rumah, menempel ngan mak ayah dan adik adik jer. Sampai adik aku cakap, mung takdop kawan ke nak tubik gi jalan? Duk dumoh je nempek ngan ayoh. (kau takde kawan ke nak gi jalan jalan? Asyik duk rumah je menempel ngan ayah)


Hahahhahaa...


Satu lagi.. bila balik rumah, aku takkan merajuk ngan mak ayah dan ngan adik adik aku. Sebab aku fikir buang masa je merajuk. Bayang kan kau balik cuti beberapa hari je kat rumah. Kalau kau merajuk, tak bercakap ngan dorang, kau telah membazirkan masa berharga ngan family. Rugi weyy... Sebab tu bagi aku, orang merajuk selalu rugi. Sebab tu rumah aki riuh kalau ada kaklong kat rumah. Hehehehe..


Panjang lebar bercerita. Tu nak kabor bakpe aku nak sangat dan berharap sangat untuk pindah ke Terengganu tahun ni. Aku takda kabel besar nak ejas. Tapi aku ada kabel yang maha besar dari segala kabel iaitu Allah! Doa.. dan terus berdoa... Sabar dan terus bersabar...


Maafkan saya, sebab lama berjauhan ngan family...



Doakan zazi pindah ke terengganu akhir tahun ni.. Amin.




No comments: