Thursday, December 31, 2009

Ringtone saya lagu Blackdog Bone


Sekarang semua orang bercerita tentang apa azam untuk tahun 2010 yang akan datang esok. Berbicara tentang kat mana nak sambut new year dan buat aktiviti apa pada malam new year dan dengan siapa nak keluar dan dengan apa. Bagi saya pula, saya dah tetapkan tahun baru saya pada 1 muharam dan aktiviti adalah membaca yasin dan solat hajat. Saya dah buat azam pada 1 Muharam.

Saya tak mahu bicara tentang azam. Sekarang nak senaraikan apa yang telah terjadi pada saya pada tahun 2009.


1. Saya bersyukur walaupon berat kurang dari 40kg saya masih sihat di samping keluarga dan kawan-kawan


2. Masih beragama Islam dan menunaikan segala ibadat sebagai umat Islam dan tidak keluar rumah tanpa menutup aurat.


3. Dapat lesen motosikal dan lesen kereta.


4. Belajar di 3 institusi pendidikan. Awal tahun di Matrik Pahang lepas tu sambung sekejap masuk UUM kemudian dapat tawaran masuk Maktab sampai sekarang.


5. Berkesempatan melawat kawan-kawan dan teristimewa di Kulim untuk beberapa kali.


6. Terjumpa kekasih lama sedang bekerja di sebuah kedai makan area Cherasss dan seorang lagi di kampung sendiri siap datang rumah masa raya.


7. Tahun ni berada di 4 buah negeri..Pahang, Terengganu, Kedah dan KL.


8. Saya kehilangan Tol Ki (datuk) pada hari pertama saya berada di Maktab Perguruan dan tidak dibenarkan pulang ke kampung. Sekarang saya hanya mempunyai seorang nenek.


9. Masih berhubung dengan kawan-kawan dari sekolah rendah saya SKBS, SMK(A)DG, MRSM PDRM, KMPH, UUM dan IPIK. Pernah baca kan entry tentang reunion saya bersama kawan-kawan darjah 6 dan saya berhubung dengan kawan-kawan melalui facebook.


10. Blog saya dah berusia 1 tahun dan mempunyai 159 follower.



Itulah antara kisah hidup saya sepanjang 2009 dan akan menjadi kenangan. Semoga tahun 2010 lagi bagus dari tahun 2009. Lagi 1 saya pernah pakai ringtone lagu Gadis Ayu by Blackdog Bone. Bila orang kol sengaja angkat lambat-lambat sebab nak dengar dia sebut part 'Hai si gadis yang manis' Haha perasan bagus itu bagus kan (^____^)

20 comments:

  1. cian nye mase to'ki meninggal...xley balik tgk ek...
    emm..

    ReplyDelete
  2. yeahhh.. tahun baru...smangat..smangat..

    ReplyDelete
  3. luvida:
    mak tak kasi balik sbb baru je dftar

    muz:
    oh yeah!semangat woh

    ReplyDelete
  4. hepi new year shazika..

    sy follower u yg ke 161..heehe..
    cntik no..
    =]

    ReplyDelete
  5. wah wah
    x sgka lps posting msh ad owg folo
    tengkiuuuu renex
    muax!

    ReplyDelete
  6. TAHUN BARU.. SEME BARU... EMM NAK AWEK BARU NIH..HUHUHUHUHU

    ReplyDelete
  7. i hope the best for your future tau.. i support your blog babe

    ReplyDelete
  8. apa ni
    awek lama pon ditinggalkan
    sian awek lama

    ReplyDelete
  9. yep..ade byk mende untuk disyukurkan..huhu

    ReplyDelete
  10. yang da lepas jgn dikenang
    yang tahun baru kite kenang..

    p/s : mngarut di hampir tahun baru

    ReplyDelete
  11. oit mak cik.itu bukn bagos.itu sengal nmnyer.ada paham??haha.

    weh azie, AKU RINDU SAYANG KAMU!!!

    ReplyDelete
  12. pembonceng stia:
    btol
    tp knp mngarut?

    ReplyDelete
  13. wow. lagu jwng. i lyke. hee. hepi new year beb. moga thun ni kte lebih bersemngt k. gud luck =)

    ReplyDelete
  14. salam ziarah...

    perasan tu lg bgs jikalo dicampo ngn santan...jd la perasantan..
    TorBayeekk...

    Winston Merah 14

    ReplyDelete